Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu, Fukuoka

Hits: 231

Sewaktu kami melawat Masjid Fukuoka di kawasan Hakozaki, kami sempat berjumpa dengan beberapa pelajar Malaysia di sana. Mereka mencadangkan kami untuk mencuba menu masakan Halal di sebuah restoran yang terkenal di kawasan Kyushu ini iaitu Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza. 

 

Restoran Nabi-san Kyushu ini dimiliki oleh pemilik dari Egypt dan menyediakan menu masakan ala Arab dan India. Di sini ada menu chicken masala, kebab, roti naan, tandoori dan beberapa menu lain.

 

 

 

Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu,Fukuoka

 

Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu

 

 

 

MrJocko mencuba menu Roti Naan, Ayam Tandoori dan Lamd Shish Kebab di sertakan dengan menu kuah Kari Seafood. Untuk pakej ini, anda boleh memilih menu Lunch Set dengan harga JPY880 (RM27). Beza sikit, mereka tambahkan semangkuk nasi sebagai tambahan untuk sesuaikan dengan citarasa orang Jepun.

 

 

 

Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu

 

Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu

 

 

 

Restoran Nabi-san Kyushu Fukuoka ini tidak la besar mana. Ia hanya mampu memuatkan sekitar 30 orang pelanggan dalam satu-satu masa, tetapi ia antara restoran Halal yang terkenal di Kyushu. Terletak di tepi pagar Universiti Kyushu dan ramai pelajar-pelajar Muslim yang belajar di sini singgah untuk menikmati menu Timur Tengah dan India di sini.

 

 

 

 

Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu
Nabi-san Restaurant Halal Food Plaza Kyushu

 

 

 

Untuk lokasi Nabi-san Restaurant ini anda boleh follow info di bawah : 

100% Halal cuisine a hit with foreign students!
Born in Egypt, the owner offers a broad menu with dishes from Egypt, Pakistan, Malaysia, India, and more.

6-11-37 Hakozaki, Higashi-ku, Fukuoka
Tel.: 090-4484-4020
11:00–15:00 (lunch), 17:00–21:00 (last order 20:30). Closed: Sun. Parking: 2 Reservations: OK; 10 or more reserve 3 days in advance

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.