GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Minyak Petrol Turun Beralih Ke Ron97

Ramai yang dah tahu bahawa harga minyak petrol Ron97 dah turun kepada RM2.55 seliter. Harga ini cuma 25 sen lebih mahal berbanding minyak Ron95 yang dijual kini dengan harga RM2.30 seliter. Sebab Harga Minyak Petrol Turun Beralih Ke Ron97.

Kalau dari segi perbezaan harga memang tak jauh. Untuk satu tangki penuh, tak jauh beza jika dibandingkan dengan kualiti minyak petrol.

harga minyak petrol turun

 

Ramai rakan yang syorkan untuk beralih kepada petrol Ron97 selepas berita harga minyak petrol Ron97 turun. Salah satu sebab, kualiti dan performance minyak petrol Ron97 memang menjimatkan untuk perjalanan yang jauh di samping kelebihan mencuci engin yang lebih baik.

 

harga minyak petrol turun

Oleh sebab minyak petrol Ron97 ini turun juga la, MrJocko kini beralih kepada Ron97. Untuk masa ini, cuba tengok perbezaan penggunaan minyak ini berbanding dengan penggunaan minyak petrol Ron95 sebelumnya. Lagipun, MrJocko guna kad prabayar Shell easiGO American Express keluaran Maybank untuk mengisi minyak, sudah pasti lebih mudah. 

Anda dah dapatkan Shell easiGO Prepaid Card untuk kegunaan mengisi minyak dan membeli belah di kaunter Shell Select???

 

harga minyak petrol turun

Untuk tempoh seminggu dua ini, MrJocko nak tengok keberkesanan menggunakan minyak Ron97 selepas harga diturunkan menjadi RM2.55 seliter. Harap-harap penggunaan Ron97 ini berbaloi untuk MrJocko yang tak banyak menggunakan kereta untuk bergerak jauh, sekadar pusing-pusing lokasi dalam Kuala Lumpur sahaja. 

Bagaimana dengan anda? Guna minyak petrol Ron95 atau Ron97???

 

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.