Mesti Singgah Di Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School

Hits: 249

Selain dari shopping, pantai dan makan di Krabi, anda boleh cuba untuk singgah di banyak lokasi tumpuan pelancong di sana. Antara yang semakin menjadi tarikan ialah di Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School. Di sini, anda akan dapat melihat pertunjukkan Ular Tedung King Cobra dan juga bermesra dengan kera.

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School ini terletak di daerah Ao Nang, Muang, Krabi. Ia terletak kiran-kira 18 kilometer dari pekan Krabi dan mudah untuk dikunjungi jika menggunakan khidmat ‘Travel Agent’. 

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School dikatakan tempat persembahan Ular dan Kera terbaik di Krabi.

 

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School
Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School

 

 

 

Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School mengadakan pertunjukkan pada jam 9.00 pagi, 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang dan 5.00 petang. Bermula bulan November 2014, satu pertunjukkan tambahan akan diadakan pada jam 9.00 malam berikutan pemintaan yang semakin memberangsangkan.

 

Di Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School, mereka mempunyai lebih dari 30 spesis ular tropika yang boleh anda lihat. Pertunjukkan King Cobra di sini menjadi perhatian kerana di sini ada pertunjukkan King Cobra yang terpanjang di Thailand, sepanjang 17 kaki. Wow!!!

 

Tempat Menarik Di Krabi, Thailand

Pulau Pulau Terkenal di Krabi, Thailand

 

Di Monkey School pula, anda akan dapat melihat aksi-aksi lucu kera dan monyet di sini melakukan aksi naik basikal, memanjat pokok kelapa, melompat dan macam-macam lagi. Anda akan terpesona dengan aksi kera dan monyet ini. 

 

Untuk tiket masuk ke Krabi Snake Farm & Krabi Monkey School ini anda dikenakan bayaran Baht 500 untuk setiap orang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.