Restoran Bangkok House Menu Sedap Pad Thai

Hits: 122

Restoran Bangkok House ada banyak cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebelum ini tak pernah cuba kerana tak pernah tahu menu di Restoran Bangkok House. Ini antara restoran masakan Thai yang eksklusif menyediakan menu masakan halal.

 

Last week, MrJocko singgah untuk bertemu kawan lama di Restoran Bangkok House di 1Mont Kiara Shopping Mall di Tingkat 1. Lokasi restoran ini senang jer nak cari sebab bersebelahan dengan eskelator.

 

Pertama kali MrJocko cuba menu Pad Thai atau biasa kita kenal dengan nama Kueh Teaw Goreng. Menu Pad Thai di Restoran Bangkok House ini memang sedap ooo… Nampak jer simple tetapi rasa asli Thailand memang terangkat.

 

 

 

Restoran Bangkok House

Restoran Bangkok

 

 

 

Untuk info, Bangkok House Restaurant ini kepunyaan bumiputera dan memang menyediakan menu yang sedap-sedap original citarasa Thailand dari tukang masak hebat dan ternama dari Thailand.

Pilihan menu masakan di Bangkok House ini sememangnya pilihan menu masakan Thai yang terpilih, eksklusif dan mempunyai citarasa asli yang menjadi pilihan ramai penggemar masakan Thailand sejak dari dahulu lagi.

 

Kalau nak cuba menu asli masakan Thailand, boleh cuba ke Restoran Bangkok House di cawangan 1Mont Kiara, The Strand dan akan datang di TTDI Kuala Lumpur. Anda pasti ankan teruja dengan rasa asli di Bangkok House restaurant dan akan kembali untuk mencuba menu lain yang sedap.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.