Makan Malam Di Hotel Ibis Styles Kuala Lumpur

Hits: 577

Setiap kali tiba musim cuti umum dan MrJocko tidak ada plan bercuti luar Kuala Lumpur, teringin rasanya nak menginap lagi di Ibis Styles Kuala Lumpur yang terletak di Frasier Business Park. Lokasi hotel Ibis Style ini agak strategik kerana berada diluar kawasan yang sesak tetapi sangat mudah untuk akses ke tengah bandaraya Kuala Lumpur menggunakan teksi atau LRT Star.

 

Mungkin ramai yang belum tahu, di hotel Ibis Styles ini mempunyai restoran yang menyediakan menu untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga menu makan malam yang sedap. Anda boleh memilih untuk menu pakej buffet ataupun menu ala-carte, bersesuaian dengan citarasa anda.

 

Hotel Ibis Styles Kuala Lumpur 

 

 

Ibis Styles Kuala Lumpur

 

 

 

Ibis Styles Kuala Lumpur

 

Ruang tempat duduk di restoran hotel Ibis Styles Kuala Lumpur ini memang selesa dan mempunyai dua section ruang yang boleh anda pilih. Di sini, mereka menyediakan menu masakan halal dan ia boleh menampung sekitar 500 tetamu dalam satu masa dengan selesa.

 

Apa yang lebih penting, menu yang dihidangkan di Ibis Styles Kuala Lumpur memang sedap, best dan terbaik. Banyak pilihan yang boleh anda cuba, samada citarasa melayu, chinese atau pun ala barat.

Hotel Ibis Styles Kuala Lumpur 

MrJocko dan sekeluarga memang teruja untuk mencuba menu di Ibis Styles Kuala Lumpur. Menu sarapan pagi, menu tengahari dan menu makan malam. Tetapi untuk kali ini, MrJocko kongsi dulu menu makan malam yang best di restoran Ibis Styles Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

Ibis Styles Kuala Lumpur

 

 

Ibis Styles Kuala Lumpur

 

Paling MrJocko suka makan malam di Ibis Styles Kuala Lumpur ialah menu bubur dan roti yang disediakan. Memang sedap. Sudah pasti menu utama, nasi dan juga satay yang disediakan memang terbaik. Boleh rasa keaslian masakan Malaysia dan ia memang jarang-jarang MrJocko temui di tenpat lain.

 

Untuk menu salad tidak kurang hebatnya di tambah dengan pilihan pisang goreng, ubi keledek goreng dan banyak lagi. Berbaloi kalau makan malam di Ibis Styles Kuala Lumpur bersama keluarga atau bersama kawan-kawan. Lagipun pihak Ibis Styles Kuala Lumpur menyediakan pakej promosi istimewa dan berpatutan untuk Pakej Meeting atau Majlis di hotel tersebut. 

 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Ibis Styles Kuala Lumpur atau dapatkan maklumat lanjut di sini :

 

Ibis Styles Kuala Lumpur

Jalan Metro Pudu 2

Tel : 03-9232 8688

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.