Ikan Patin Masak Tempoyak Terkenal Di Temerloh Resipi Turun Temurun

Bila sebut pasal Temerloh, ramai antara orang kita akan teringat Ikan Patin. Ini kerana Ikan Patin dan bandar Temerloh memang sinonim sehinggakan ia digelar Temerloh, Bandar Ikan Patin. Jadi kalau dah lalu di Temerloh, tidak sah kalau tidak mencuba menu Ikan Patin Masak Tempoyak yang terkenal di Temerloh. Ada banyak gerai dan restoran yang boleh anda singgah, masing-masing punyai menu rahsia tersendiri masak ikan patin.

MrJocko dan Man Raja Lawak sempat singgah di RNR Temerloh dari Karak menghala ke Kuantan pada hari Selasa lepas dan sempat singgah untuk mencuba menu Patin Masak Tempoyak yang terkenal di Temerloh. Di RNR Temerloh ini, ada banyak gerai yang menyediakan menu Ikan Patin Masak Tempoyak dan juga menu Ikan Patin Gulai mengikut citarasa anda.

Harga ikan patin ini berbeza-beza mengikut jenis ikan patin yang dijual. Kalau Ikan Patin Sangkar, harga untuk seketul hanya RM7.00 sahaja dan harga Ikan Patin Buah biasanya sekitar RM12.00 bagi setiap ketul. Kalau di bandar Temerloh, dengar kata harga Ikan Patin Buah hanya sekitar RM10.00 bagi setiap ketul.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
Harga Ikan Patin Sangkar dan Ikan Patin Buah

Ikan Patin Temerloh Harga Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh

 

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap

Kami cuba dua jenis ikan patin ketika singgah di RNR Temerloh. Kami order Ikan Patin Sangkar Gulai biasa dan satu lagi Ikan Patin Buah Masak Tempoyak. Memang rasa berbeza dan masing masing ada rasa sedap dan unik. Kalau dah Ikan Patin Buah Masak Tempoyak ada rasa lemak dan lembut. Manakala rasa Ikan Patin Sangkar Gulai biasa rasa agak keras sikit sahaja. Rasanya pun masin sedikit tetapi masih sedap, sebab rasa ikan patin.

Memang berbaloi bila dapat rasa masakan Ikan Patin Masak Tempoyak di bandar Temerloh ini. Walaupun kami tak sempat nak cari lokasi restoran yang paling terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak, tapi bila dapat cuba makan ikan patin di RNR Temerloh ini, kami dah berpuas hati.

Jadi kalau anda sudah berada di kawasan daerah Temerloh, jangan lupa untuk singgah dan mencuba menu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak di sini. Rugi kalau tak cuba sebab ia antara menu terkenal dan mesti cuba di Pahang. Kalau nak makan Patin Masak Tempoyak, ada yang syorkan untuk mengambil bahagian kepala berbanding bahagian ekor ikan patin kerana ramai yang kata ia lebih sedap.

Anda suka makan bahagia kepala atau ekor ikan patin???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.