GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Trip Bajet Ke Tokyo Travel Lawak Part 4

Penat untuk semalam belum habis, hari ni kami satu hari akan jalan jauh. Destinasi kami hari ini sudah tentu lebih jauh dari semlam, Hari Kedua di Tokyo. Ini kerana, perjalanan kami Hari Ketiga di Tokyo akan meneroka banyak lokasi di Tokyo ini dan dibawa oleh Atsushi dan juga member beliau Daisuke. Sebab itu, kami keluar rumah agak awal, jam 9.30 pagi kami sudah bertemu mereka di stesen LRT.

Kami dibawa untuk sarapan dulu di sekitar stesen LRT. Menu makanan kami adalah menu segera, Nasi Kepal Onigiri berintikan Ikan Salmon dan juga Tuna. Ini antara menu yang mudah anda cari di Tokyo kerana ia ada terdapat di kebanyakkan kedai serbaguna 7-Eleven. 

Dari situ, kami ke Odaiba, melihat keindahan kawasan Odaiba yang memang terkenal di Tokyo. Kawasan ini sebenarnya kawasan laut tetapi sudah di timbus dan dibina kawasan pusat membeli belah dan juga paling terkenal Gundam Square. Di sini ada binaan patung mainan Gundam bersaiz sebenar terletak di hadapan pusat membeli belah Diver City, Tokyo.

 

trip-ke-tokyo-03
Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 4

Trip Murah Ke Tokyo, Jepun trip-ke-tokyo-02 Trip Bajet Ke Tokyo : Travel Lawak Part 4 Trip Bajet Ke Tokyo : Gundam Square

 

 

 

Memang puas hati bila dapat jejak kaki di Odaiba ini. Kawasan ini antara tumpuan anak-anak muda setiap minggu untuk aktiviti santai setiap minggu. Paling unik di sebelah pusat membeli belah Diver City, Tokyo ini terdapat patung mainan Gundam, watak animasi terkenal di Jepun. Katanya ini adalah skala sebenar Gundam dan menjadi tarikan pelancong kalau ke Odaiba.

Dari Odaiba, kami meneruskan perjalanan menaiki LRT menuju ke Tokyo Bay. Di sini, sebenarnya tempat yang MrJocko sangat-sangat nak pergi kerana di sini terdapat 2 lokasi utama peminat kereta dan juga peminat motosikal. Kalau ke Tokyo Bay, jangan lupa untuk singgah di Kedai Aksesori Kereta Super Auto Bacs dan juga Ricoland.

Kenapa MrJocko nak ke sini?

Dari dulu lagi teringin nak tengok banyak kereta super fast car, luxury car dan beberapa kereta terbaik di Tokyo ada dijual di sini. Di Super Auto Bacs ini, ada banyak kereta terpakai yang dijual murah berbanding Malaysia dan ia memang jenis kereta yang memang cantik, terbaik dan menarik minat siapa sahaja. Bayangkan kereta BMW, Mercedes dan juga Subaru WRX dijual dengan harga serendah RM50,000 sahaja. Murah kan???

Yang paling MrJocko nak singgah ialah di Ricoland. Di Ricoland ini, pusat jualan aksesori motorsikal yang terbesar di Tokyo. Di sini ada pelbagai jenis jualan Helmet terbaik di Jepun termasuk helmet Arai dan Shoei. Di sini juga ada banyak produk helmet terbaik keluaran negara lain ada di sini. Antaranya Shark, AGV, Nolan dan beberapa model lain.

Niat memang nak beli satu helmet untuk di padankan dengan Monster 795. Akhirnya, selepas beberapa kali melihat sekitar dan memikirkan bajet yang ada, MrJocko akhirnya decide untuk membeli AGV Helmet K3 SV model Ai29 (Andrea Iannone). Ini sahaja yang mampu kerana memikirkan bajet dan juga design airbrush yang ada.

Teringin nak ambil model Arai dan Shoei, tetapi harga sekitar RM1,500 ke atas. Mahal nyaaa…

Super Auto Bacs Tokyo Bay trip-ke-tokyo-10

Ricoland Tokyo Bay
Ricoland Tokyo Bay

trip-ke-tokyo-07 trip-ke-tokyo-08 trip-ke-tokyo-11

Nampaknya, impian untuk beli helmet di Tokyo tercapai, Terima kasih kepada Daisuke yang membawa kami ke sini untuk mendapatkan koleksi helmet terbaik di Ricoland Tokyo Bay.

Memandangkan hari sudah hampir memasuki jam 1.00 tengahari, kami cadang untuk singgah rehat dan makan. Menu makan tengahari kami hari ini, menu Tempura dan ia adalah antara lokasi tempura yang sedap di sekitar Tokyo Bay. Nama restoran ni, MrJocko dah lupa kerana masa tu tengah excited dengan helmet motosikal yang baru.

Bersambung… Trip Ke Tokyo : Travel Lawak Part 5

Menu Tempura di Jepun trip-ke-tokyo-13

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.