Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh Pahang Sejauh 35KM

Hits: 2066

Lebuhraya Pantai Timur 1 yang menghubungkan Karak sehingga ke Jabor sudah lama siap. Kini, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga telah siap menghubungkan Jabor sehingga ke Kemaman dan Kuala Terengganu juga telah siap untuk kemudahan pengguna lebuhraya, khususnya di musim perayaan seperti ini.

Kini, jika anda dari Kuala Lumpur dan menuju ke Kelantan melalui jalan Bentong – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang – Kuala Krai – Kota Bharu, anda boleh juga mencuba lebuhraya baru yang dikenali sebagai Central Spine Road (CSR Highway). Lebuhraya baru ini telah di buka dari susur masuk selepas Padang Tengku sehingga menuju ke Merapoh. 

Lebuhraya CSR Padang Tengku

Lebuhraya_CSR_Padang_Tengku_Merapoh highway_lipis_merapoh_02

Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapuh

Untuk info laluan Pakej Pertama dan Pakej Kedua Lebuhraya CSR ini sejauh kira-kira 35 km dan ia menjimatkan perjalanan sehingga sekurang-kurangnya 30 minit dari jalan biasa. 

Dengan siapnya susur lebuhraya CSR Padang Tengku ke Merapoh ini, pengguna jalan tidak lagi melalui jalan bahaya di Bukit Tujuh yang berbukit bukau dan sempit.

MrJocko mencuba laluan tersebut waktu pulang raya beberapa hari lepas dan ia memang lebuhraya CSR yang berkualiti dan belum ada rasanya laluan yang ‘bumping’ atau tidak rata. 

Terima kasih kepada pihak berkenaan kerana ia memudahkan pengguna, rakyat Pahang dan Kelantan serta pelancong untuk menggunakan lebuhraya CSR ini dengan selesa.

Lebuhraya CSR ini sebahagian dari RMK10 yang akan membina lebuhraya dari Merapoh sehingga ke Bentong untuk memudahkan laluan pengguna jalan raya di masa yang akan datang.

One Comment on “Lebuhraya CSR Padang Tengku Ke Merapoh Pahang Sejauh 35KM”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.