GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Samsung Galaxy Tab A Menguasai Setiap Detik

Pernahkah terlintas dalam fikiran anda bahawa alangkah baiknya kalau ada lebih daripada 24 jam dalam sehari supaya anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti setiap hari? 

Sebenarnya anda boleh menguasai setiap detik hari anda dengan mengikuti perkembangan teknologi terkini dan memanfaatkan kelebihan peranti tanpa wayar. Anda akan diyakini kerana sentiasa sedia dan cekap untuk melakukan seberapa banyak tugasan yang diamanahkan dalam sehari; menyiapkan dokumen kerja anda dan menghantarnya terus kepada bos melalui e-mel sebelum anda menonton rancangan TV kegemaran anda atau bermain permainan dalam talian kegemaran untuk mara ke peringkat seterusnya. 

Cuba bayangkan. Anda sedang menaiki teksi atau keretapi atau mungkin terbang ke sesuatu destinasi untuk menyampaikan pembentangan paling penting dalam kerjaya anda, tetapi anda sudah terlewat dan perlu membuat satu pindaan akhir untuk menyempurnakannya. Kini anda tidak perlu lagi membawa komputer riba anda yang berat ke sana sini, anda hanya memerlukan Galaxy Tab A.

Hidupkan peranti dan edit kerja anda di mana-mana sahaja. Di samping itu, orang lain pasti kagum apabila anda menyambungkannya tanpa sebarang wayar kepada projektor terpilih dengan hanya beberapa sentuhan untuk menyampaikan pembentangan anda dan seterusnya memuktamadkan urus janji yang menjadi matlamat anda. 

 

Samsung Galaxy Tab A Specs Samsung Galaxy Tab A - Sandy White 2

 

 

Samsung Galaxy Tab A Menguasai Setiap Detik

Dalam hidup serba cepat abad ke-21 ini, kita juga sering mengabaikan orang tersayang. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dan pastikan anda merakamkan setiap saat istimewa ini. Catatkan butiran tentang saat berharga dengan S Pen yang intuitif supaya anda boleh mengenang kembali pengalaman lalu satu hari nanti. Sungguh mudah untuk menulis di atas skrinnya, semudah menulis di atas buku nota fizikal, baik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, bahkan dalam aksara Cina yang rumit mahupun kata berangkai indah bahasa Tamil. Atau pilih daripada pelbagai fon kaligrafi yang menarik dan tulis nota peribadi kepada mereka. Jangan jadikan jarak sebagai alasan tetapi pastikan komunikasi dibuat secara berterusan walaupun anda di perantauan dan terpisah oleh lautan yang luas. 

Membaca atau mengedit kerja anda pada skrin kecil sungguh meletihkan, namun jangan biar hal ini menghalang anda daripada memanfaatkan sepenuhnya hari anda.  Cubalah skrin Galaxy Tab A dengan nisbah saiz  4:3 yang terbaik dan anda mungkin tidak mahu melepaskan genggaman. Dapatkan gambaran penuh sekali imbas dan lakukan lebih banyak kerja walaupun di luar pejabat tanpa sebarang masalah menyusuri skrin. Apa lagi yang anda tunggu? Siapkan kerja anda dengan selesa atau teruskan amalan membaca untuk menjadi orang paling bijak di kalangan kawan-kawan anda. 

Ingin bercuti tetapi bimbang anda rasa bosan? Hilangkan rasa bosan dengan hiburan segera. Terdapat pelbagai isi kandungan Galaxy Gift yang memberikan aplikasi produktiviti terbaik dan juga aplikasi yang menghiburkan anda.

Cubalah permainan seperti The Hobbit: Kingdoms of Middle Earth atau serlahkan daya kreativiti anda dan cetus inspirasi dengan aplikasi seperti ArtRage dan SketchBook for GALAXY. 

Imbangi masa bekerja dan bermain dan kuasai setiap detik dalam hari anda dengan Samsung Galaxy Tab A.

Samsung Galaxy Tab A boleh didapati dalam dua saiz skrin 8” dan 9.7”, dan dijual pada harga runcit disyorkan RM1,299 dan RM1,599 (harga termasuk GST) di semua Gedung Samsung Experience dan pengedar sah Samsung. S Pen disediakan untuk kedua-dua saiz dan Samsung Tab A juga boleh didapati dalam tiga warna: Putih Pasir, Hitam Pasir dan Titanium Kelabu.

Untuk kandungan multimedia dan maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy Tab A, sila layari www.samsung.com/my atau kunjungi laman Facebook Samsung Mobile Malaysia di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.