GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

A Night With Ducati Riders And Naza World

Demam MotoGP Sepang 2015 akan kembali lagi. Barisan pelumba MotoGP dunia kini di Malaysia dan akan menggegarkan Litar Sepang bermula 23 – 25 October 2015. Sehubungan dengan itu, Next Bike Sdn Bhd mengalu-alukan pelumba Riders Ducati Corse MotoGP di majlis “A Night With Ducati Riders” di Publika, Hartamas.

Naza World Group menyatakan sokongan dan komitmen berterusan kepada usaha pasukan lumba MotoGP Ducati Corse di Shell Malaysia Grand Prix Motosikal 2015 edisi hujung minggu ini.

“NAZA World dan Next Bike akan menerajui pelbagai aktiviti di Litar Antarabangsa Sepang selama 3 hari, bermula dari mempamerkan motosikal Ducati, jualan barangan Ducati dan aksesori pilihan Ducati di mana peminat motosikal Ducati (Ducatistis) berpeluang untuk mendapatkan barangan tersebut dengan tawaran yang menarik dan hadiah khas dengan pembelian motosikal dan barangan lain”kata Datuk Wira SM Faisal HJ Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza World Group of Companies ketika A Night With Ducati Riders di Publika.

“Sebagai pusingan kedua terakhir kejohanan, Andrea ‘Dovi’ Dovizioso datang ke Malaysia dengan dua pengalaman podium sebelum ini dan bercadang untuk mengulanginya. Sementara itu Andrea ‘The Maniac’ Iannone yang masih lagi hebat diperkatakan ketika perlumbaan gila di Phillip Island baru-baru ini. Kami bangga bahawa NAZA World dan Next Bike, sebagai pengedar rasmi Ducati di Malaysia, menyokong penuh usaha kami, dan kami berharap untuk mendedikasikan podium kepada mereka!” Paolo Ciabatti, Ducati Corse’s Sporting Director.

Andrea Iannone kini berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 188 mata, dan Andrea Dovizioso adalah di tempat ketujuh dengan 153 mata.

A Night with Ducati Riders NAZA World

Malam Meet and Greet Ducati Riders Naza World

Majlis ini bermula dengan sambutan kepada kehadiran Dovizioso dan Iannone ke Publika dan kemudiannya memberikan sedikit ucapan ringkas serta menyatakan keinginan mereka untuk menggegarkan Sepang untuk mengharumkan nama Ducati Team.

Meet & Greet Ducati Riders di majlis A Night With Ducati Riders iaitu Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone adalah sebagai balasan sokongan tidak henti mereka kepada pasukan Ducati Team MotoGP semalam ini. Dovizioso dan Iannone mengabdikan autograf tidak ternilai mereka pada 2 unit ‘Monster 821 Ducati Corse MotoGP Edisi Terhad 2015‘ serta majlis menandatangani autograf bersama peminat khususnya dari Ducati Club Malaysia.

“Kedua-dua unit Ducati Monster 821 Ducati Corse Eksklusif yang ditandatangani oleh Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone akan mempunyai pemiliknya khas dipilih menerusi undian secara rawak daripada semua individu yang sudah minat untuk membeli motosikal ketika tawaran untuk jualan baru-baru ini.

A Night with Ducati Riders NAZA World Naza Ducati Meet Greet Rider Naza Ducati Meet Greet Rider Naza Ducati Meet Greet Rider

Naza Ducati Meet Greet Rider Dovizioso dan Iannone Ducato Monster 821

Model baru Ducati Corse Monster 821

Pemilik akan dapat membelinya pada harga runcit yang disyorkan. Tiada premium tambahan, dan mereka akan bertuah memiliki motosikal Ducati Monster 821 yang ditandatangan oleh dua pelumba hebat Ducati Team MotoGP ini.

Sememangnya, NAZA World sangat aktif dan terlibat serta menyokong usaha sukan tempatan dan sukan bermotor antarabangsa juga membantu menerajui kejayaan pelancongan sukan di Malaysia.

Untuk maksud itu, Next Bike akan memperkenalkan beberapa kempen lain yang menarik untuk dilancarkan tidak lama lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari NAZA World di http://www.NAZAworld.com.my, dan Ducati di www.ducati.com.my untuk maklumat terkini dan tawaran untuk pelbagai motosikal Ducati.

Naza Ducati Meet Greet Rider Publika
Ducati Club Malaysia
Dovizioso dan Iannone Ducati Monster 821
Monster 821 New Model 2015
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.