Pengalaman Di Ski Dubai Pergunungan Salji Di Padang Pasir

Hits: 615

Pengalaman di Ski Dubai adalah sebuah resort ski dalaman binaan manusia dengan keluasan sebesar 22,500 meter persegi. Ia adalah taman tema salji buatan, berada di sebahagian daripada Mall of the Emirates, salah satu pusat membeli-belah terbesar di dunia, terletak di Dubai, United Arab Emirates. Ski Dubai ini telah dibangunkan oleh Majid Al Futtaim Group, yang juga pengendali bangunan pusat membeli belah Mall of the Emirates.

Mulanya seakan tidak percaya bila diberitahu di Dubai ada pergunungan salji dan anda boleh bermain salji. Tambah lagi, gelongsor salji yang seumpama itu di Dubai, ditengah lokasi padang pasir panas yang mencecah sehingga 46 darjah Celsius. Kalau tidak lihat sendiri, susah nak percaya.

Ski Dubai Mall of Emirates

Ski Dubai Mall of Emirates
Pengalaman di Ski Dubai
Pengalaman di Ski Dubai
Ski Dubai Mall of Emirates

Untuk makluman, taman salji buatan di Dubai ini diberi nama Ski Dubai. Ia adalah taman tema di dalam shopping mall yang besar dan menjadi lokasi santai masyarakat warga Dubai dan pelancong jika ke United Arab Emirates.

 

Pengalaman di Ski Dubai

ski_dubai_02 ski_dubai_05 ski_dubai_04

Pengalaman di Ski Dubai memang best.

Ski Dubai ini di buka pada November 2005, resort salji dan sejuk tertutup ini mempunyai binaan sebuah gunung setinggi 85 meter dengan 5 cerun yang berbeza-beza mengikut tahap kecuraman dan kesukaran, termasuk larian 400 meter panjang, yang pertama di dunia dengan pelbagai ciri-ciri (kotak, rel, kickers) yang berubah dari masa ke semasa.

Sebuah lif quad serta lif tunda akang membawa pemain ski dan pengunjung ke atas gunung. Anda juga boleh menaiki lif tunda ini untuk menikmati pemandangan gunung salji buatan ini dari atas.

Bersebelahan cerun ini ada trek gelongsor 3,000 meter persegi Taman Salji kawasan permainan yang terdiri daripada kereta Gelongsor, satu slaid badan berais, menara panjat, bola salji gergasi dan gua ais.

Yang unik juga di Ski Dubai, ia menempatkan beberapa kumpulan penguin yang akan dilepaskan dari kandang mereka beberapa kali dalam sehari. Sebagai pengunjung, anda boleh menyaksikan pertunjukkan Penguin ini setiap hari dan berinteraksi secara terus dengan Penguin ini. 

Ski Dubai adalah sebahagian daripada Majid Al Futtaim Group, pemaju yang berpangkalan di Dubai pusat membeli-belah di Timur Tengah.

Pada tahun 2007 Ski Dubai telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Cemerlang oleh Thea yang bertemakan Hiburan Persatuan. Seperkara lagi, Ski Dubai merupakan salah satu lokasi perlumbaan pada Games ke-10 permainan realiti ‘The Amazing Race Asia’ pada musim pertama. 

ski_dubai_10 Pengalaman di Ski Dubai ski_dubai_08 ski_dubai_07 Ski Dubai Mall of Emirates

ski_dubai_12
Penguin Ski Dubai

Pengalaman di Ski Dubai

 

Untuk pengalaman bermain salji buatan di Dubai, anda mesto cuba untuk masuk ke taman tema salji Ski Dubai di Mall of Emirates ini. Ia sesuatu yang mengujakan dan ia memberikan kelainan dari pengalaman anda yang biasa. 

Samada anda datang bersama kawan-kawan atau bersama keluarga, percutian di dalam Ski Dubai akan meninggalkan memori terbaik anda bermain salji, hanya di Dubai, United Arab Emirates. https://www.skidubai.com

Ski Dubai Mall Building

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.