Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre

Hits: 727

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Restoran China Treasures menawarkan hidangan dengan set menu istimewa mereka di Chinese Treasure di Pusat Konvensyen Sime Darby (Sime Darby Convention Centre). Restoran di Sime Darby Convention Centre ini akan membawa anda merasai menu Tahun Baru Cina dengan pelbagai hidangan lazat mereka sempena dengan menyambut Tahun Monyet (Monyet Fire) tahun depan.

MrJocko turut sama dalam majlis pengenalan menu baru sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan yang akan ditawarkan di Sime Darby Convention Centre. Ternyata, ada banyak Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre. Untuk anda yang beragama Islam, ini antara menu makanan tahun baru cina yang mendapat pengesahan Sijil Halal Jakim Malaysia.

Sime Darby Chinese New Year

Hidangan Menu Tahun Baru Cina di Sime Darby Convention Centre

Antara menu yang akan dihidangkan sempena Tahun Baru Cina di Sime Darby Convention Centre ialah : 

Abundance & Prosperity Throughout The Year
Usher The Fire Monkey Jump Over The Great Wall
Embracing The Beauty Of The Golden Phoenix
Monkey King Triumph Against The Sea Dragon
Wholeness & Surplus Of Wealth
God Of Longevity Sitting By Your Side
Monkeying Around With Bananas

 

Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre

Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre sime darby convention centre cny menu 08

 

Abundance & Prosperity Throughout The Year (一路 捞到 风 山水 起)
Hidangan Loh Sang ini merupakan satu kemestian dalam menu perayaan masyarakat Cina. Secara simbolik, ia diisi di dalam pinggan anda dengan banyaknya simbol ‘kemakmuran’ dengan mereka menyanyikan kegembiraan untuk Tahun Baru Cina.

Usher The Fire Monkey Jump Over The Great Wall (火炎山 神 猴 跳 长城)
Menu ini dihidang dengan beberapa mangkuk sup enak dengan bahan-bahan premium seperti kerang, cendawan, maw ikan serta ginseng di dalamnya.

Embracing The Beauty Of The Golden Phoenix (比翼 双飞 凤凰 喜 迎春)
Jangan terlepas untuk mencuba menu ayam rangup yang sedap ini di dalam hidangan set.

Monkey King Triumph Against The Sea Dragon (如意 金刚 棒 治 龙 皇)
Satu lagi hidangan yang hebat untuk semua, di mana anda boleh menikmati udang galah segar premium yang di masak dengan baik penuh kesempurnaan.

Wholeness & Surplus Of Wealth (年年 有余 之 旺财 虎斑)
Ikan Kerapu segar ini dikukus hingga sempurna dan ‘drizzled’ dengan minyak truffle yang membawa sehingga rasa keenakkan ikan tersebut secara keseluruhan.

God Of Longevity Sitting By Your Side (寿比南山 捞 吉祥生 面)
Mi lazat yang memang telah bersedia dengan masakan hebat, yang mana ia membawa anda makna hidup yang baik gembira dan lama.

Monkeying Around With Bananas (步步高 升 又 再升)
Jangan terlepas beberapa pencuci mulut dengan pancake pisang serta madu manis untuk mengakhiri hidangan makan malam anda di sini.

Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention CentreMenu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention CentreMenu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre sime darby convention centre cny menu 10 sime darby convention centre cny menu 11

Banyak lagi sebenarnya hidangan menu istimewa tahun baru cina di Sime Darby Convention Centre. Tetapi, senarai ini ialah dari senarai menu 9 hidangan akan disediakan sempena Tahun Baru Cina untuk harga promosi hanya RM2080 untuk 10 orang dan juga set untuk RM3088 satu meja.

Menu makanan Tahun Baru Cina ini, akan termasuk dengan percuma Voucher RM100 (untuk digunakan pada lawatan seterusnya di Sime Darby Convention Centre) dan ditambah dengan PERCUMA hidangan teh kekwa, makanan tidbits dan juga hadiah istimewa.

Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre Menu Istimewa Tahun Baru Cina Di Sime Darby Convention Centre sime darby convention centre cny menu 16

Untuk informasi anda, hidangan dan promosi pada tahun baru cina ini, semua menu set termasuk pelbagai hidangan disimbolikkan mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dipercayai melimpahkan kebahagiaan, panjang umur, kemakmuran dan nasib baik, serta ia melambangkan kejayaan dan cinta ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan tanda-tanda Tahun Monyet.

Bagi anda yang ingin membuat tempahan awal, mendapatkan informasi tentang menu secara lebih lanjut serta food tasting, anda boleh menghubungi pihak Sime Darby Convention Centre di alamat:

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Perniagaan: 11:30-10:30 (hari bekerja), 10:00-10:30 (hujung minggu dan cuti Umum)
Jenis Restoran: Restoran disahkan Halal.

Laman Web : http://www.simedarbyhospitality.com/sdcc#.VmKG74SmO9Y
Hubungi: +603 2089 3788 / +603 2089 3688
E-mel: chinatreasures.sdcc@simedarby.com / enquiries.sdcc@simedarby.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.