GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Shinkuchan Night Market Pasar Malam Pilihan Di Kaohsiung

Shinkuchan Night Market ialah salah satu lagi Pasar Malam pilihan warga kota di Kaohsiung, Taiwan. Ini kali kedua MrJocko singgah di pasar malam Shinkuchan Kaohsiung ini selepas bercuti di Taiwan pada tahun lepas.

Kawasan Shinkuchan Night Market ini mempunyai keluasan kira-kira jaringan 4 blok bangunan. Kedai-kedai sekitar Shinkuchan ini dibuka dari jam 9.00 pagi lagi, tetapi gerai dan kiosk jualan barang-barang untuk night market mula dibuka sekitar jam 5.00 petang waktu Taiwan.

 

Shinkuchan Night Market

 

Ada banyak juga di Shinkuchan Night Market ni. Yang selalu menjadi tumpuan pembeli dari Malaysia sudah pasti pilihan kasut, beg tangan, alatan kosmetik dan juga pakaian wanita. Untuk orang lelaki macam MrJocko, boleh cuba pilih seluar, kemeja dan kalau anda menunggang motosikal, apa kata beli helmet edisi koleksi helmet yang terkenal di Taiwan. 

Taiwan antara negara yang mempunyai pengguna motosikal yang ramai dan sudah pasti helmet untuk motosikal antara satu koleksi yang bagus untuk anda cari.

 

SHinkuchan Night Market SHinkuchan Night Market SHinkuchan Night Market Shinkuchan Night Market di Kaohsiung 04 SHinkuchan Night Market

 

Baca sini https://www.englishintaiwan.com/shopping-in-taiwan/kaohsiung-city-liu-shin-jue-jiang-shopping-market

Shinkuchan Night Market di Kaohsiung 06 Shinkuchan Night Market di Kaohsiung 08 Shinkuchan Night Market di Kaohsiung 09 SHinkuchan Night Market

 

Tidak seperti di pasar malam di Shilin Night Market di Taipei atau Wenhua Road Night Market di Tainan, di Shinkuchan Night Market tidak banyak pilihan untuk ‘street food’ berbanding lokasi pasar malam lain. Hanya ada beberapa gerai jualan yang menyediakan menu masakan street food dan kebanyakkannya adalah non-halal.

Jika anda seorang yang memang mencari kelainan dalam street food, Shinkuchan bukan lokasi untuk anda.

Untuk koleksi peribadi, MrJocko sempat beli 2 helai seluar dengan harga cuma RM30 sehelai selepas diskaun. Harga asal RM120 dan ia satu koleksi seluar yang dikatakan ‘end season’ di Taiwan, tetapi ia masih lagi up-to-date dengan harga yang sangat murah.

Helmet, aksesori smartphone dan juga beberapa helai t-shirt untuk wife dan anak-anak MrJocko sempat beli di Shinkuchan Night Market dengan harga yang di kira amat murah. MrJocko memang jarang nak beli barang kalau ia mahal. Sebaiknya, pilih barangan yang dijual dengan jarga diskaun dan semestinya ‘best offer’ untuk jimatkan duit bila shopping di Taiwan.

Untuk orang Malaysia, pasar malam seperti Shinkuchan ini sudah pasti akan menjadi ‘syurga’ beli belah. Lebih-lebih lagi, di waktu malam di sini, suhu agak dingin dan anda akan rasa selesa bila shopping dan tidak terasa penat walaupun berpusing di lorong-lorong Shinkuchan untuk membeli belah.

Jangan lupa singgah di Shinkuchan Night Market di Kaohsiung, antara tempat menarik di Taiwan yang boleh anda cuba. Terbang ke Kaohsiung dengan AirAsia dan alamai percutian ‘Heart of Asia’ selama anda di Taiwan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.