10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur

Mencari lokasi Restoran Terbaik di Kuala Lumpur? Mungkin korang boleh cuba lihat senarai yang dicadangkan oleh Tripadvisor ini. Untuk sepanjang tahun 2015, ini adalah senarai 10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur yang mungkin memenuhi citarasa korang sekeluarga dan rakan-rakan.

Antara senarai yang dikongsikan ini, mungkin ada beberapa pilihan restoran tidak mempunyai Sijil Halal dari pihak JAKIM. Sebagai makluman, senarai yang MrJocko kongsi disini bukan bertujuan untuk mempromosikan restoran ini tetapi lebih kepada informasi sahaja. Untuk Muslim, MrJocko percaya, korang sebagai seorang yang dewasa lebih bijak untuk menilai citarasa anda dan pandai memilih.

Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur

 

10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur

restoran-terbaik-kuala-lumpur-01

Dalam senarai undian pelancong yang melancong ke Malaysiam ini adalah senarai 10 Restoran Terbaik di Kuala Lumpur. Setakat ini, tak ada satu pun yang pernah MrJocko jejak dan cuba menu yang di hidangkan. Pernah la dengar restoran Sham’s Cooked With Love, The Steakhouse, Arabesque dan juga Opium KL, tetapi memang tidak pernah berpeluang mencuba menu di sini.¬†

Setakat hari ini, teringin untuk mencuba menu di Sham’s Cooked With Love Restaurant dan juga Arabesque, tetapi masih belum dijemput. Semestinya kalau boleh nak tunggu terima Food Review dulu untuk mencuba menu kat sini, maklum lah, kalau Food Review, InsyaAllah PERCUMA :).

10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur

restoran-terbaik-kuala-lumpur-02 restoran-terbaik-kuala-lumpur-03 restoran-terbaik-kuala-lumpur-04 restoran-terbaik-kuala-lumpur-05

10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur

Rata-rata menu yang dihidangkan di sini nampaknya lebih kepada menu Fine Dining dan ia lebih kepada menu western. Mungkin hanya menu Sham’s Cooked With Love dan Arabesque sahaja yang bukan menyediakan menu Western secara keseluruhan. Adakah senarai 10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur ini mengambil kira undian menu mereka yang memilih untuk menu masakan western berbanding menu lain?

Namun, jika diambil kira menu citarasa Malaysia, orang Malaysia, rasanya orang kita lebih kepada menu yang biasa seperti menu Roti Canai, Nasi Lemak, Char Kuey Teaw dan beberapa menu nasi berlauk lain. Kalau tak percaya, cuba tanya orang Malaysia atau pelancong yang ada di Malaysia, takkan tak kenal Roti Canai dan Teh Tarik?

10 Restoran Terbaik Di Kuala Lumpur ini sebagai panduan sahaja untuk korang jika ingin mencuba menu-menu masakan eksklusif dan fine dining yang berharga sekitar dari nilai RM22 sehingga menu bernilai RM ratusan ringgit. Sudah pasti menu seperti ini adalah antara hidangan eksklusif dan ia mempunyai tarikan yang tersendiri.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.