Menu YABBIES Sedap di Brolly Menara Felda

Sesekali mencuba menu premium seperti Yabbies ini akan membuatkan anda leka dengan rasa sedap pada setiap kunyahan. Memang menu Yabbies ini terkenal di California dan kini, anda boleh rasa keenakkan Udang Yabbies ini di Malaysia. Semua ini boleh anda cuba di Crab Factory di Brolly Menara Felda Kuala Lumpur.

Lokasi restoran memang baru dan ia diberi nafas santai dan berbeza dengan konsep lain yang ada di Malaysia. Di sini, di dalam Restoran Brolly mempunyai beberapa outlet kiosk restoran lain yang menawarkan beberapa menu menarik di sini.

 

Yabbies Crab Factory

Yabbies Crab Factory

 

Agaknya sudah berapa lama anda mencuba menu Udan atau Ketam dalam tempoh beberapa bulan ini? Pernah dengar menu Yabbies terkenal dari California? Sebelum ini MrJocko cuba di Crab Factory SS2, kini ia dibuka cawangan baru di Brolly Menar Felda Kuala Lumpur.

Brolly Restaurant and Bar ini adalah restoran yang sempurna untuk anda santai dan menghabiskan masa sementara menunggu kesesakan lalu lintas ditengah Kuala Lumpur. Ambil masa rehat di sini, cuba beberapa menu seperti Mojito Non Alkohol, Pan Pizza atau semestinya mencuba menu Udang Amaebis dan juga Yabbies di Crab Factory.

Di bawah bumbung Brolly ini, terdapat beberapa jenis makanan yang menggabungkan menu sedap citarasa ketam, pizza, sayap ayam di goreng, salad bar dan pelbagai koktel yang sedap untuk pilihan anda.

Untuk info, semua makanan laut yang dihidangkan di sini, kebanyakannya telah diterbangkan hidup dan segar setiap minggu ke dapur restoran untuk rasa asli segar dan sedap. Di sini, pilihan menu yang masih hidup, segar kemudian akan dimasak mengikut citarasa anda dengan kepakaran Chef terlatih, hanya di Brolly Restaurant Menara Felda.

Kalau ditanya, apa yang sedap, sudah pasti menu pilihan MrJocko ialah Yabbies sedap di Brolly Restaurant.

Brolly Menara Felda 02
Brolly Menara Felda

Yabbies Crab Factory Brolly Menara Felda 05 Yabbies Crab FactoryBrolly Menara Felda 07 Brolly Menara Felda 09 Brolly Menara Felda 10

Brolly Menara Felda 11 Brolly Menara Felda 12 Brolly Menara Felda 14 Brolly Menara Felda 16

 

Pelbagai pilihan menu di Brolly memang bukan sahaja ia segar dan sedap, tetapi kebanyakkan menu yang ada di sini adalah antara senarai menu terbaik mereka untuk citarasa premium anda. Tidak sah kalau anda ke sini tidak mencuba menu dari Crab Factory atau mencuba menu Pizza dan juga beberapa menu western lain untuk anda sekeluarga.

 

 

 

Brolly Menara Felda 17Brolly Menara Felda 18Brolly Menara Felda 20Brolly Menara Felda 21Brolly Menara Felda 23

Brolly Menara Felda 24 Brolly Menara Felda 25 Brolly Menara Felda 26

 

 

Nak tahu menu lain yang sedap dan Best di Brolly, ikuti Fanpage Brolly di Facebook untuk melihat semua promosi semasa mereka setiap minggu. Boleh survey dulu apa yang istimewa di Brolly Menara Felda dan kemudian anda boleh nikmati pilihan menu pelbagai yan gsedap dan segar di Brolly Menara Felda.

Brolly
Tingkat Bawah, Menara Felda, Taman Platinum,
Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11:00-11:00
Tel no: +603 – 2181 4122
Facebook: Brolly | Instagram:mybrolly
Laman Web: www.my-brolly.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.