Flight AirAsia Dari Yogyakarta Ke Bali

Pengalaman pertama MrJocko menaiki penerbangan Trip domestik AirAsia Indonesia dari lapangan terbang Yogyakarta (Adisupjitpo Airport) menuju ke lapangan terbang Bali (Ngurah Rai Airport). Penerbangan selama 2 jam ini ditawarkan oleh pihak AirAsia Indonesia kepada penumpang mereka dan anda boleh pilih sebanyak 2 penerbangan sehari untuk ke Bali dari lapangan terbang Yogyakarta.

Kalau mengikut harga biasa, tiket satu hala AirAsia Dari Yogyakarta ke Bali ialah sekitar RM135 sahaja tidak termasuk bagasi dan insurans perjalanan.

 

Flight AirAsia Yogyakarta ke Bali

 

Dari pengamatan MrJocko, satu flight AirAsia dari Yogyakarta ke Bali agak penuh dan memang AirAsia menjadi salah satu penerbangan utama dari Yogyakarta ke Bali. Nampaknya, AirAsia menjadi antara penerbangan pilihan rakyat Indonesia dan juga pelancong asing. Ramai pelancong Eropah menggunaka AirAsia sebagai transit, dari destiansi lain, menuju ke Bali. Bali sememangnya destinasi pilihan pelancong dari Amerika Syarikat, Britain, Germany dan beberapa negara Eropah lain.

Untuk anda yang punyai masa yang lebih untuk kuota percutian, mungkin boleh timbangkan perjalanan untuk bercuti di Yogyakarta dan kemudian terbang ke Bali. Sememangnya di Yogyakarta ada banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di sini termasuk Candi Borobudur, Candi Prambanan, Jalan Malioboro, Pasar Beringharjo dan banyak lagi.

 

Flight AirAsia Yogyakarta ke Bali airasia_yogyakarta_bali_03

Flight AirAsia Yogyakarta ke Bali airasia_yogyakarta_bali Flight AirAsia Yogyakarta ke Bali

 

Perjalanan hanya 2 jam penerbangan dengan AirAsia Yogyakarta ke Bali memang tidak terasa. Sekejap jer kami dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai yang menjadi tumpuan pelancong di Bali. Ia antara lapangan terbang paling sibuk di Indonesia.

Jangan terkejut kalau sampai di Bali Airport, anda akan lihat banyak patung-patung yang agak ‘menggerunkan’ kerana ia adalah antara budaya dan kepercayaan masyarakat Hindu di Bali. Di Bali, masyarakatnya ramai beragama Hindu dan ia memang sejak dari dulu lagi dikenali sebagai Pulau Bali Hindu.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Bali, boleh MrJocko kongsikan di entry yang akan datang. Banyak tempat menarik di Bali termasuk Uluwatu, Kechak Dance, Jimbaran, Kuta Beach dan banyak lagi.

Apa lagi, terbang ke Bali dengan penerbangan AirAsia dan dapatkan pakej percutian murah ke Bali dengan melayari laman web www.airasiago.com.my

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.