Bagaimana Nak Travel Murah Ke Jepun Travel Bajet

Hits: 12758

Jepun memang punyai banyak lokasi yang menarik untuk anda kunjungi, setiap masa sepanjang tahun. Bukan setakat sight seeing, tetapi juga kerana budaya dan kebersihan yang memang diakui seluruh dunia. Ramai yang anggap travel ke Jepun adalah mahal, tetapi sebenarnya saya boleh kongsi cara bagaimana nak travel murah ke Jepun.

Baik dari penginapan, pengangkutan dan juga makanan di Jepun adalah mahal dan hampir 2 kali ganda harga di Malaysia. Pun begitu, jika anda nak jimat dan travel murah ke Jepun, ada beberapa cara yang boleh anda ikut.

Travel Murah ke Jepun?

Travel Murah ke Jepun

Travel Musim Off Peak

Pendapat MrJocko, antara masa Off Peak di Jepun yang boleh anda lawati sekitar bulan Januari, Februari, Mac, Mei, Jun, Julai, September dan Oktober. Paling menjadi tumpuan ialah pada bulan April di mana ia dianggap masa terbaik untuk melawat Jepun kerana  keindahan musim bunga. Bulan April juga bulan semua orang akan kembali di sekolah dan bekerja. Bulan November dan Disember juga menjadi tumpuan kerana ramai yang ingin merasai salji di Jepun. Harga semasa Off Peak sudah pasti lebih murah.

Beli Pass Mingguan ‘Japan JR RAIL PASS’

Andai anda nak travel dari Tokyo ke Osaka, Osaka ke Fukuoka, atau ke semua banda utama di Jepun dengan Shinkansen, pakej 7 hari, 14 hari atau 21 hari dengan Pass JR Rail Pass adalah pilihan terbaik. Harga JR Rail Pass dalam RM ialah RM1,025 untuk 7 hari, RM1,640 untuk 14 hari dan RM2,110 untuk pass 21 hari.

Nampak macam mahal, tetapi sebenarnya jika anda travel satu destinasi seperti Osaka ke Tokyo, satu perjalanan sehala Shinkansen sudah berharga RM300++. Jadi, dengan JR Rail Pass anda boleh travel seluruh Jepun, (rangkaian berkaitan) dengan harga yang memang murah.

Kalau tak nak naik Shinkansen, nai ksahaja LRT seperti di Tokyo. Jaringan LRT di Jepun sebenarnya mudah sahaja dan anda akan cepat faham kalau ‘study’ awal-awal.

Sebagai alternatif, jika anda seorang yang hanya mahu teroka bandar-bandar kecil, anda boleh mengayuh basikal sambil menikmati pemadangan sekitar. Di bandar-bandar kecil, anda boleh menyewa basikal untuk sehari dengan hanya 200 Yen.

Cara Travel Bajet ke Jepun

Travel Murah Ke Jepun

Beli Air dan Onigiri Di Shopping Mall

Harga air di Jepun boleh dikatakan harga lebih kurang di Malaysia. Sebaiknya beli air mineral dan minum dengan banyak setiap hari. Nak alas perut dengan mudah, dapatkan Onigiri, Roti Kepal Jepun yang memang mudah untuk didapati di kedai 7-Eleven. Ambil menu Ikan Salmon, Telur dan Tuna. InsyaAllah ia Halal.

Cari Lokasi Menarik Pilihan Pelancong

Jika anda bukan seorang yang tidak minat permainan, tak perlu ke taman tema. Ini kerana, selalunya di taman tema anda memerlukan masa berjam-jam hanya untuk beratur. Bukankah ia merugikan? Dapatkan kasut yang selesa dan teroka jalan-jalan di Tokyo, Osaka, Fukuoka atau Sapporo dengan berjalan kaki. Anda mungkin akan teruja dan terkejut dengan banyak perkara menarik yang belum pernah anda lihat sebelum ini.

Jika di Tokyo, ini adalah senarai tempat-tempat pelancongan mesti anda lawat :
Istana Imperial, Kyoto
Sensoji Temple Asakusa
Harajuku
Shibuya Street, Tokyo
Meiji Jingu
Seno-ji
Odaiba
Tempat Suci Shinto
Observation Deck, Tokyo Metropolitan Government Building

 

Okonomiyaki Jepun

 

Makan Okonomiyaki, Onigiri dan Kebab

Makanan Jepun seperti Okonomiyaki (dikenali sebagai ‘pizza Jepun’) atau ramen dalam suasana Jepun tradisional kadang-kadang dijual agak murah. Untuk muslim, Okonomiyaki ialah menu pizza Jepun yang mempunyai telur dan sayuran yang halal untuk kita. Lebih best sebab ia murah berbanding menu biasa. Rasanya seperti menu Takoyaki, tetapi ini dalam bentuk leper.

Onigiri pula adalah menu nasi kepal di mana di dalamnya diletakkan inti salmon, telur dan juga tuna. Dengan harga sekitar RM3 ia memang berbaloi untuk anda cuba dan makan sepanjang hari. Manakala Kebab ada banyak sekitar Ueno, Shinjuku, Akihabara dengan harga sekitar 500 Yen.

Menginap di Capsule Hotel

Capsule Hotel paling banyak di Jepun. Ia seperti bajet travel hostel tetapi dengan bilik-bilik tidur yang dibuat dalam dalam bentuk capsule. Ruang Tamu kongsi, bilik air kongsi dan beberapa ruang rehat yang memang selesa. Hotel kapsul (Capsule Hotel) secara umumnya lebih murah daripada penginapan normal dan juga satu contoh yang menakjubkan di bandar-bandar Jepun.

So, apa lagi? Buat anda yang mencari pakej murah ke Jepun, cuba dulu cara ini. Bagaimana cara nak Travel murah ke Jepun, mungkin ada banyak lagi tips menarik dari blogger lain.

Travel Bajet ke Jepun

Travel Murah Ke Jepun

5 Comments on “Bagaimana Nak Travel Murah Ke Jepun Travel Bajet”

  1. Jocko,

    yg pizza jepun tu mana nak dapat?
    Aritu ako gi mcm x jumpa plak?
    Selalu jual kat tepi2 jalan or kena masuk restoran2?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.