GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Family Trip Ke Perth Day 3 Teaser

Hari ketiga kami segar bangun di penginapan Cabin yang agak terkenal di Cervantes. Lokasi ini berdekatan dengan Nambang National Park, The Pinnacles Park. Suasana yang agak berbeza, bangun seumpama tidur dari khemah. Sekeliling kami, banyak caravan dan juga beberapa cabin lain. Family Trip Ke Perth Day 3 bermula selepas sarapan pagi. Menu kami, mihun segera dan telur rebus.

 

Trip melancong ke Perth

 

Yang paling suka menginap di sini ialah anak-anak MrJocko. Masing-masing teruja dengan pengalaman baru tidur dalam cabin dan santai dengan suhu agak sejuk bila tiba malam hari. Menarik, bila dalam cabin ini ada dapur untuk memasak dan juga kemudahan TV.

Kami check out agak lambat, sekitar jam 10.00 pagi dan menuju ke sekitar Cervantas untuk melihat apa yang menarik di sini. Sudah pasti pantai yang masih lagi membiru dan masih cantik. Ada lokasi look points yang menarik diberi nama Thirsty Point dan ia antara tarikan pelancong untuk bersantai dan mandi di sini. 

 

Trip melancong ke Perth Trip melancong ke Perth Trip melancong ke Perth

Thirsty Point di Cervantes

Paling menarik, di sini ada lokasi restoran makanan laut Lobster yang terkenal di Australia. Lobster Shack, satu jenama restoran yang menyediakan menu asasnya udang kara (lobster) yang diambil dari Indian Ocean.

Selain dari restoran, mereka juga antara menjual pelbagai saiz lobster dan dieksport ke lokasi-lokasi sekitar Australia dan luar negara. Sebab itu, menu Lobster di sini memang segar dan sedap. Mesti cuba.

Trip melancong ke Perth
Family Trip Ke Perth

Trip melancong ke Perth melancong ke Perth hotel di Perth

Perjalanan Family Trip Ke Perth hari ke 3 memang mencabar. Dari Cerventas, sekitar jam 12.00 tengahari, kami terus memandu sejauh lebih kurang 400km menuju ke Bunbury. Perjalanan kali ini memakan masa selama 5 jam, memandangkan kami tak nak ada masalah dengan ‘speed trap’. Memang penat, tetapi ia sangat berbaloi bila kami sampai di Bunbury.

Pemandangan sunset di sini memang sangat menarik. Pantai yang memang putih bersih dan sesuai untuk mandi manda. Cuma sayang, kami dah sampai sini sekitar jam 6.00 petang, selepas kami check ini di Dolphin Retreat Bunbury YHA. Cerita penuh akan menyusul dan MrJocko akan kongsi pasal hostel Dolphin Retreat ini sebagai panduan untuk anda sekiranya berhajat untuk ke Bunbury, Western Australia.

Next : Family Trip Ke Perth Day 4 Teaser

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.