Kadar Bayaran Letak Kereta KLIA2 Parking Rate Daily

Ramai yang belum tahu tentang kadar bayaran letak kereta KLIA2 untuk tempoh seharian atau dalam tempoh masa yang lama. Maklumlah, ramai antara kita yang ingin berjimat jika travel dengan kapal terbang disamping ingin travel mudah dari lokasi Kuala Lumpur ke KLIA2. Untuk yang belum tahu, MrJocko akan kongsi sedikit info tentang harga bayaran tempat letak kereta di parking KLIA2 Sepang.

Kalau mengikut harga parking rate asal di tempat letak kereta KLIA2, harga bayaran parking kereta untuk 3 jam pertama di KLIA2 ialah RM4 bagi tempoh satu jam. Bermakna, jika anda parking kereta dalam masa 3 jam, anda perlu membayar sekitar RM12. 

Untuk masa parking yang lama, contohnya untuk jam ke-4, kadar satu jam akan diturunkan kepada RM3 bagi jam ke-4 hingga jam ke-9. Bermaksud, kalau anda parking selama 6 jam, anda perlu bayar RM4 x 3 jam (awal) dan ditambah dengan RM3 x 3 jam (kemudian) = RM12 + RM9 = RM21

Bayaran Letak Kereta KLIA2 Parking Rate

 

KLIA2-Parking-Rate

 

Sekiranya anda ingin meletakkan kereta selama satu hari, kadar maksima di tempat letak kereta KLIA2 ini adalah ditetapkan hanya RM46 untuk sehari. Nampak macam mahal, tetapi sebenarnya kini di tempat letak kereta KLIA2, mereka sedang menawarkan pakej bayaran letak kereta yang lebih murah berbanding harga sebelum ini.

Pakej Bayaran Letak Kereta di KLIA2

Bayaran Letak Kereta KLIA2
Bayaran Letak Kereta KLIA2

 

 

Kalau sebelum ini, kadar bayaran maksima untuk sehari di KLIA2 adalah RM46, tetapi kini kadar bayaran parkir di KLIA2 telah dikurangkan. 

Berita baik untuk anda, kini anda boleh menikmati kadar harga RM20 sahaja untuk bayaran letak kereta di KLIA2 bagi bayaran untuk hari ke-4. Ini bermakna, jika anda meletakkan kereta selama 5 hari, anda cuma perlu membayar RM46 + RM46 + RM46 + RM20 + RM20 = RM178 sahaja berbanding kadar bayaran parkir KLIA2 sebelum ini iaitu RM230. Anda telah jimat sebanyak RM52.

Jadi untuk anda yang nak ebih mudah parkir di KLIA2, ini peluang anda untuk dapatkan promosi kadar bayaran parkir murah di KLIA2 dan terbang ke destinasi pilihan anda untuk melancong atau urusan kerja dengan hati yang senang 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.