GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Menginap Di Grand Mercure Bangkok

Untuk kali yang ketiga, MrJocko sertai FAM Trip ke Bangkok kelolaan Tourism Authority of Thailand. Ini juga kali pertama MrJocko menginap di Hotel Grand Mercure Bangkok. Jadi, inilah masa untuk review hotel Grand Mercure Bangkok yang menjadi antara lokasi hotel 4 Bintang terbaik di Bangkok.

Lokasi hotel Grand Mercure Bangkok ini memang strategik kerana terletak bersebelahan dengan Shopping Mall IT yang dikenali sebagai Fortune Town IT Plaza. Ia juga sanga dekat dengan Central Plaza Rama 9 Shopping Mall.

 

Pengalaman Menginap Di Grand Mercure Bangkok

 

 

Bilik yang MrJocko menginap selama 2 malam di sini memang terbaik la. Ruang yang luas, mungkin standard bilik Deluxe. Katil saiz Queen dengan kemudahan bilik air yang luas dan ada tub mandi.

Ruang meja agak selesa untuk kerja dan ada almari yang agak besar. Kalau saiz macam ni, sebulan duduk menginap pun okay jer.

 

 

Pengalaman Menginap Di Grand Mercure Bangkok Grand Mercure Bangkok Fortune 03Pengalaman Menginap Di Grand Mercure BangkokPengalaman Menginap Di Grand Mercure BangkokGrand Mercure Bangkok Fortune 05Grand Mercure Bangkok Fortune 08Grand Mercure Bangkok Fortune 07

 

Menu untuk sarapan pagi ada banyak pilihan. Tetapi untuk menu halal memang tak banyak, tetapi masih okay. Nak rasa menu lunch, minum petang atau dinner, boleh request menu Vegetarian dengan waiter di Restoran.

Untuk bilik, servis dan juga servis WiFi Percuma di sini, ia antara yang terbaik. Berbaloi untuk menginap di sini ketika bercuti dan di sekitar jalan utama dihadapan ada banyak lokasi kedai makan, tempat tumpuan ramai serta ada Stesen LRT.

Dari segi harga, tak pasti rate sebenar. Mungkin sekitar RM150 – RM200 untuk satu malam termasuk dengan sarapan untuk 2 orang. Dengan servis yang agak baik di sini, Hotel Grand Mercure Fortune Bangkok adalah antara pilihan hotel yang mungkin boleh anda pilih jika melancong ke Bangkok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.