GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sektor Pelancongan Penyelamat Ekonomi Malaysia

Kejatuhan nilai Matawang Malaysia, Ringgit Malaysia sejak setahun yang lepas sememangnya antara faktor utama ramai pelancong dunia kini mengalih pandangan dan berminat untuk datang ke Malaysia. MrJocko setuju jika dikatakan, pada tahun 2015 dan 2016 ini, sektor Pelancongan adalah sektor utama penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Ya, Sektor Pelancongan Penyelamat Ekonomi Malaysia.

Di saat hampir kebanyakkan sektor lain mengalami masalah pulangan yang agak teruk, sektor pelancongan kini penyumbang pendapatan utama kepada ekonomi negara di tengah-tengah ketidaktentuan global. Ini adalah antara yang diperkatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bayangkan jika anda adalah pelancong dari Eropah. Jika sebelum ini anda tukarkan GBP1,000 dan dapat nilai RM5,500 tetapi kini ada mempunyai nilai sebanyak RM6,500. Begitu juga dengan nilai EUR, di mana sebelum ini nilai EUR1,000 anda cuma dapat nilai RM4,000 tetapi kini hampir nilai RM4,800. Sudah tentu dengan keadaan ini ramai pelancong ingin ke Malaysia.

Eko-pelancongan Malaysia sebenarnya adalah tarikan utama pelancong dari Eropah, Jepun, Korea Selatan dan China, dan kini dengan kemudahan visa percuma untuk warga China ke Malaysia dijangka menarik lapan juta pengunjung dan kira-kira RM22 bilion pendapatan setiap tahun dengan satu perbelanjaan purata RM3,500 seorang.

Promosi Pelancongan Malaysia

Antara negeri yang boleh mengambil faedah yang banyak dari pemansuhan Visa kepada pelancong China ialah Sabah. Sebab itu. travel agent dan pihak berkaitan di Sabah perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan ekonomi negeri Sabah. Tambahan pula lokasi strategik Kota Kinabalu sebagai hab atau ‘laluan terbang’ Borneo kerana kedudukannya yang berdekatan ke China, Hong Kong dan Jepun.

Pengalaman melalui program inap desa kepada masyarakat tempatan di Sabah dan Sarawak antara aktiviti dan pakej yang boleh diperkembangkan. Rata-rata ramai pelancong Eropah, mereka sukakan ‘nature’ alam semulajadi di Sabah dan Sarawak. In ini antara tarikan utama yang ada di Sabah dan Sarawak. 

Menteri Pelancongan mendedahkan bahawa pada tahun 2011, China mendahului senarai ketibaan pelancong ke Sabah di 228.910 diikuti Indonesia (lebih 183,000), Korea Selatan (121.170), Brunei (79.140) dan Filipina (lebih 40,000), dengan majoriti pelancong yang datang untuk eko-pelancongan.

Beliau berkata, kementeriannya merancang untuk mengadakan promosi bersama di Berlin pada bulan Mac dengan Singapore Airlines (SIA) untuk melancarkan penerbangan ke bandar-bandar Malaysia, termasuk Kota Kinabalu, untuk meningkatkan jumlah pelancong dari negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Portugal dan Itali dengan memorandum persefahaman yang dirancang dengan syarikat penerbangan.

Kempen untuk melancong ke Malaysia untuk pelancong luar negara dan juga kempen pelancongan #GoDomestic #DekatJer diharap turut memberi rangsangan kepada Penyelamat Ekonomi Malaysia. Sama-sama kita menyokong usaha untuk memperkembangkan ekonomi Malaysia dan sokong promosi Tourism Malaysia ini.

Tourism Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.