Tips Travel Bajet Ke Hong Kong Dengan AirAsia Kena Baca

Ada ramai yang bertanya tentang trip MrJocko ke Hong Kong pada bulan Disember 2016 yang lepas. Antara banyak-banyak soalan, MrJocko nak kongsi Tips Travel Bajet Ke Hong Kong cara MrJocko berdasarkan pengalaman trip ke sana selama 4 hari 3 malam. Ia satu trip yang agak menarik dan sebenarnya ada banyak pakej travel bajet ke Hong Kong boleh anda pilih dan rancang sendiri.

 

Need to Translate this?
One trusted localization agency in Malaysia experienced in translating blogs and content for travel is VEQTA Translations, learn more Click Here.
 

Tips Travel Bajet Ke Hong Kong

Antara Tips Travel bajet ke Hong Kong :

1. Penerbangan Awal Pagi – Untuk penerbangan dari KLIA2 ke Hong Kong menggunakan AirAsia, anda boleh memilih untuk terbang dengan salah satu daripada 4 penerbangan setiap hari. Nak jimat masa, sudah pasti terbang dengan penerbangan KUL – HKG seawal jam 6.20am. Biasanya flight pagi seperti ini memang murah. 

Untuk penerbangan MrJocko ke Hong Kong hari itu, MrJocko dapat tiket dan hotel untuk 4 hari 3 malam dengan harga cuma RM1,960 untuk 2 orang, sharing bedrooms dengan 2 katil single. Ini disebabkan kami beli hanya sebulan sebelum perjalanan dan ia musim cuti sekolah dan musim peak. Sudah pasti harga agak mahal. Selalunya, kalau hari biasa, harga tiket penerbangan AirAsia pergi balik KUL – HKG cuma sekitar RM500 sahaja.

 

Tips Travel Bajet ke Hong Kong

 

 

2. Hotel Penginapan – Di Hong Kong, jika anda tidak kisah, pilih untuk duduk di Hostel atau Hotel Bajet. Kos untuk seorang semalam hanya sekitar RM80 – RM100 sahaja dengan keadaan bilik yang kecil, tetapi ia selesa. Hampir kebanyakkan bilik hostel di Hong Kong menyediakan perkhidmatan WiFi Free. MrJocko menginap di Kamal Deluxe di Chungking Mansion terletak di Nathan Road.

Tips Travel Bajet Ke Hong Kong

Tips Travel Bajet ke Hong Kong
Hotel Murah di Hong Kong

3. Lokasi Penginapan – Sebaiknya jika anda Muslim, pilih hotel bajet sekitar Kowloon atau Nathan Road. Ia berdekatan dengan Masjid Kowloon dan ada banyak lokasi kedai makanan Muslim Halal terdiri dari menu masakan Turki, Pakistan, India dan beberapa restoran Vegetarian. Lokasi ini juga mudah akses dengan Subway atau MTR, Bas, Teksi dan juga dekat sangat dengan Victoria Harbour dan Arena of Stars Hong Kong. Anda jimat banyak duit jika menginap di sekitar Kowloon.

4. Night Market – Antara lokasi yang murah untuk anda shopping dan ia adalah lokasi membeli belah yang boleh anda tawar menawar. Paling terkenal ialah Ladies Market di Mongkok dan juga Temple Street Market.

5. The Peak – Anda mungkin perlu tambah sedikit bajet jika ingin ke The Peak yang terletak di Peak Tower Hong Kong, lokasi observation puncak tertinggi di Hong Kong. Nak naik ke sini anda boleh menaiki bas, teksi atau Tram. Sebaiknya cuba pengalaman menaiki Tram yang menjadi lagenda di Hong Kong. Bila sampai di The Peak, anda akan rasa puas.

 

travel bajet hong kong

travel bajet hong kong

 

6. Pengangkutan Awam – Di sini MTR antara yang menjadi pengangkutan utama. Ambil pakej daily pass MTR dengan nilai sekitar HKD65 untuk 24 jam dan anda boleh akses rangkaian MTR dan beberapa Bas tanpa had. Ini paling bagus kerana anda boleh jimat banyak, jika anda merancang untuk pusing satu Hong Kong, samada di tanah besar atau di sekitar pulau.

7. TRAMWAYS – Satu lagi wajib anda cuba ialah menaiki TRAM di Hong Kong. Kos untuk satu laluan sekitar HKD2.50 sahaja. Murah. Naik Tram dalam cuaca sejuk sambil layan pemandangan bandar Hong Kong.

 

Tram di Hong Kongtravel bajet ke hong kong

 

8. Makanan Halal – Samada anda makan di restoran atau gerai kecil di sekitar Kowloon untuk menu makanan halal, harga sekitar HKD30 – HKD60 bagi setiap hidangan. Ya, harga makanan halal di Hong Kong agak mahal dan sebaiknya anda bawa makanan dari Kuala Lumpur seperti Maggi dan Roti :).

9. Disneyland Hong Kong – Nak ke taman tema Disneyland Hong Kong senang sahaja dari bandar dengan menaiki MTR. Cuma ramai yang berpendapat bahawa harga tiket Disneyland Hong Kong agak mahal. Untuk info harga tiket Disneyland Hong Kong ialah HKD539 (RM285) untuk dewasa dan HKD385 (RM205) untuk kanak-kanak dan HKD100 (RM52) untuk Senior Citizen.

10. Transport ke Airport – Nak jimat dari airport menuju ke Kowloon dan sebaliknya, anda sebaiknya menggunakan perkhidmatan Bas Airport Express. Tambang untuk satu hala sekitar HKD48 sahaja. Berbeza guna MTR Airport Express transfer dengan nilai HKD90 bagi satu hala. Mahal.

http://www.hongkongairport.com/eng/transport/to-from-airport/bus_to_hkia.html

Jadi, jika anda nak travel bajet ke Hong Kong, diharapkan Tips Travel bajet ke Hong Kong cara MrJocko ini dapat memberikan sedikit informasi kepada anda. Survey dulu mana anda nak pergi dan semestinya semak balik bajet untuk anda guna di Hong Kong. Secara keseluruhan, banyak yang mahal di Hong Kong tetapi sebenarnya ada tips yang boleh anda guna untuk travel bajet di Hong Kong.

Kongsikan jika ia memberi faedah kepada anda dan harap ia memberi manafaat kepada kawan-kawan yang lain.

 

 

 

2 Comments on “Tips Travel Bajet Ke Hong Kong Dengan AirAsia Kena Baca”

  1. Salam,
    saya first time nak ke Hong Kong. so nak tanya, Saya ada trip untuk kerja & jalan2 bersama anak2 yg umurnya bawah 18 tahun, masa arrival di HK, apa dokumen yang kita perlu serahkan tuk pemeriksan imigresen kat sana ya.. selain pasport ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.