GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Train Night Market Bangkok Tempat Shopping Hispter Thailand

Night market antara yang sangat popular di Bangkok. Antara yang menjadi semakin popular ialah Rot Fai Market, tempat shopping barang Hispter di Bangkok. Ia semakin menjadi tumpuan local dan pelancong kerana keunikkannya yang tersendiri. Ada yang memanggilnya Rot Fai Market, ada yang menggelarkannya Train Night Market Bangkok dan paling mudah nak ingat, Esplanade Night Market kerana kedudukkannya yang berada di sebelah shopping mall Esplanade Bangkok.

Walau apa nama yang dipanggil di sini, ia tetap mempunyai ‘trademark’ tersendiri. Ruang gerai ala pasar malam yang banyak dan di kelilingi oleh kiosk cafe ‘kontena’ yang berkonsepkan urban dan hipster.

Train Night Market Bangkok

Train Night Market Bangkok
Train Night Market Bangkok

 

Yang banyak membezakan lokasi ini berbanding Pasar Malam di tempat lain sekitar Bangkok ialah kerana susunan gerai dan kedai. Ia lebih teratur dan disusun kemas supaya penjual dan pembeli akan lebih selesa. Ruang tidak la besar, tetapi dengan susunan ini membuatkan Rot Fai Market atau Train Night Market ini menjadi antara salah satu pilihan tempat membeli belah jalanan yang semakin terkenal di Bangkok.

Mengikut apa yang MrJocko faham, Rot Fai Market di Bangkok ini adalah bazar terbuka yang menjual pelbagai barangan yang ‘luar biasa’ seperti barang ‘collectables’, barang ‘vintaj’ dan juga limited edition. Tetapi, produk lain seperti baju bundle, aksesori smartphone dan gajet, pakaian wanita, cenderahati, aksesori rumah dan banyak lagi koleksi pakaian yang terkini, lebih-lebih lagi rekaan fesyen hipster.

Kelilingnya mempunyai kontena yang diubahsuai menjadi cafe dan memang menjadi tumpuan anak-anak muda setiap malam untuk bersantai sambil lepak bersama kawan-kawan.

 

Train Night Market Bangkok
Train Night Market Bangkok

Train Night Market Train Night Market Train Night Market

 

Kat sini, MrJocko sempat beli beberapa barang termasuk 2 helai baju bundle, seluar pendek dan juga cover untuk Passport dengan harga yang memang murah. Kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia, ia sangat berbaloi dan murah hampir sekali ganda. Bayangkan kalau di Kuala Lumpur, harga passport holder seperti ini bernilai sekitar RM20, tapi kat sini cuma sekitar Baht100 (RM11) sahaja.

 

 

train night market ratchadatrain-night-market-ratchada-07 train-night-market-ratchada-08 train-night-market-ratchada-10

train night market ratchada train night market ratchada 13

 

Banyak lagi yang menarik di Train Night Market yang terletak di belakang Esplanade Shopping Mall ni. Tengok apa yang anda suka. Ada banyak kedai dan juga banyak gerai makanan di sini. Tak silap MrJocko, ada satu gerai Halal di sini, tetapi tidak pasti yang mana satu. 

Nak berhibur dengan persembahan live band, lepak sambil borak-borak dan mungkin ambil peluang untuk gunting rambut ala hipster di Rot Fai market atau Train Night Market di Bangkok.

 

 

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.