Kisah Seram Kekejaman Tentera Jepun Di Hellfire Pass Thailand

Hits: 165

Kisah Seram Kekejaman Tentera Jepun Di Hellfire Pass Thailand menjadi bualan sehingga kini. Kenapa? Sebab kesan dan keperitan ketika Perang Dunia Kedua ini mengakibatkan ratusan ribu tentera dan rakyat tidak berdosa menjadi korban. 

Kalau ikutkan rasa, seakan ‘ada sesuatu mengekori’ kami setiap masa. Maklum la, ada banyak sejarah kekejaman dan pembunuhan di sini. Banyak versi cerita kekejaman Tentera Jepun. Tapi yang ramai tahu, di Hellfire Pass ini, ramai tahanan Perang Dunia Kedua mati akibat kekurangan makan dan dipaksa bekerja keras membina landasan keretapi Thailand ke Burma.

Kisah Seram, Berhantu ke Hellfire Pass?

Kekejaman Tentera Jepun Di Hellfire Pass

Kalau ikutkan rasa, seakan ‘ada sesuatu mengekori’ kami setiap masa. Maklum la, ada banyak sejarah kekejaman dan pembunuhan di sini. Banyak versi cerita kekejaman Tentera Jepun. Tapi yang ramai tahu, di Hellfire Pass ini, ramai tahanan Perang Dunia Kedua mati akibat kekurangan makan dan dipaksa bekerja keras membina landasan keretapi Thailand ke Burma.

Sejak tahun 1945 lagi tawanan perang dan kereta api Thailand Burma telah menduduki tempat di dalam’memorial’ kebangsaan Australia semasa Perang Dunia II.

Mengikut sejarah, lebih 22,000 rakyat Australia (kebanyakkannya adalah tentera) telah ditangkap oleh Jepun ketika mereka menakluki Asia Tenggara pada awal tahun 1942. Lebih daripada satu pertiga daripada lelaki dan wanita meninggal dunia dalam kurungan. 

Landasan Keretapi Thai Burma (dikenali juga sebagai Keretapi Burma – Thailand atau Keretapi Burma – Siam) telah dibina pada 1942-1943. Tujuannya adalah untuk membekalkan tentera Jepun ke Burma, di mana dengan jalan keretapi ini ia boleh memintas laluan laut yang telah menjadi lemah apabila kekuatan tentera laut Jepun telah dikurangkan dalam Pertempuran ‘Coral Sea’ dan Midway pada Mei dan Jun 1942. Rancangan asal, sebaik sahaja landasan keretapi itu siap Jepun merancang untuk menyerang British di India.

Bertujuan untuk menyelesaikan kereta api secepat mungkin, pihak Tentera Jepun memutuskan untuk menggunakan lebih daripada 60,000 banduan (tahanan perang) Bersekutu yang telah jatuh ke dalam tangan mereka pada awal tahun 1942. Ini termasuk tentera Empayar British, Belanda dan penjajahan dari Belanda Hindia Timur termasuk sebilangan kecil tentera Amerika Syarikat.

Apabila tenaga kerja ini terbukti tidak mampu memenuhi tarikh akhir yang terlalu pendek pihak Jepun, sejumlah lebih 200,000 buruh Asia dipaksa bekerja untuk Jepun. Antara yang dipaksa adalah buruh dari Malaysia, dianggarkan lebih dari 60,000 pada masa tersebut. Sampai kini, hampir kesemuanya hilang entah ke mana.

Hellfire Pass Thailand Hellfire Pass Thailand Hellfire Pass Thailand Hellfire Pass Thailand

Landasan yang jaraknya sejauh kira-kira 415 kilometer dari Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar) kepada Non Pladuk di Thailand. Kerja-kerja membina landasan ini dijalankan setiap hari dan tanpa rehat untuk membolehkan ia disiapkan secepat mungkin. Bayangkan, landasan sejauh itu disiapkan dalam masa hanya 18 bulan sahaja dan dibuat dengan tenaga kerja manusia semata-mata.

Kesan dari pembinaa landasan maut Thai Burma ini, hampir semua buruh yang terlibat mengalami kebuluran makanan, tidak cukup zat, dan kekurangan ubat-ubatan. Kesemua mereka dipaksa bekerja lebih masa di lokasi walaupun. Oleh kerana itu, ada rekod mengatakan, bilangan buruh paksa yang mati tidak diketahui jumlah sebenar, tetapi ia mungkin mencecah sehingga 100,000 orang.

Sejarah Hellfire Pass Thailand

Hellfire Pass ThailandHellfire Pass Thailand

Hellfire Pass Thailandhellfire_pass_thailand_10Hellfire Pass Thailand

Kini, kawasan ini tenang. Pemandangan di sini agak menarik dengan suasana yang seakan muram. Anda boleh rasa kesengsaraan dan keperitan buruh paksa jika anda berkunjung ke sini, Hellfire Pass. Ia sejarah yang paling sedih buat rakyat Thailand dan juga mangsa-mangsa Buruh Paksa di zaman Perang Dunia Kedua.

Banyak yang boleh anda pelajari di sini dan semestinya ia akan menjadi sesuatu yang berharga untuk anda hargai keamanan yang kita kecapi selama ini.

Kisah seram di Hellfire Pass Thailand ini akan saya abadikan sebagai kenangan kembara saya yang lain dari yang lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.