Kos Travel Bajet Ke Kota Kinabalu

Hits: 282

Mencari pakej harga murah untuk travel ke Kota Kinabalu? Sebenarnya kalau anda nak mudah, rancang sendiri dan ikut cara MrJocko, cara dapatkan kos travel bajet ke Kota Kinabalu. Ini hanyalah panduan untuk anda sahaja, mungkin harga akan berubah mengikut harga semasa dan musim ‘Peak’ dan Off Season.

 

 

kos travel bajet ke kota kinabalu

 

Mudah sebenarnya nak travel bajet dalam Malaysia ni, sebab, memang dalam negara kita. Faktor bahasa sudah tidak jadi masalah. Nak cari menu makanan halal bagi yang Muslim, pun mudah. Nak tawar menawar sambil survey harga murah lagi senang, asalkan rajin membuat kajian dan perbandingan carian.

Sabah memang terkenal dengan lautan dan juga pelbagai pilihan flora dan fauna.

 

kos travel bajet ke kota kinabalu yuran masuk Pulau Sapi kos travel bajet ke kota kinabalu 03 kos travel bajet ke kota kinabalu 04kos travel bajet ke kota kinabalu 05kos travel bajet ke kota kinabalu 07kos travel bajet ke kota kinabalu 09kos travel bajet ke kota kinabalu 10kos travel bajet ke kota kinabalu 11

 

 

Nak tahu cara Travel Bajet ke Pulau Gaya & Pulau Sapi di Kota Kinabalu, Sabah? Kalau nak tahu, sekarang MrJocko nak share info tentang kos bajet ke Pulau Gaya & Pulau Sapi di Sabah untuk panduan anda semua.

 

Ini perkongsian Bajet saya :

1. Flight = RM200 utk 1 dewasa Pergi Balik

Bagasi tak payah beli 🙂

-> Beli masa promosi AirAsia.

 

2. Sewa Butik Hotel sekitar Jeti Jesselton =

Day 1 RM120

Day 2 RM120

Day 3 RM120

Bilik kongsi 4 orang 🙂

 

3. Makan = RM50 untuk sehari (50×3 =RM150)

Beli sekitar Pasar Filipino Murah jer

 

4. Tambang Bot Pergi Balik Pulau Sapi = RM30.20

 

5. Entrance Fee Pulau Sapi = RM3 sahaja

 

6. Piknik – Bawak Makanan dari KK RM20

Kalau kongsi ramai2 lagi murah

 

7. Hari ke 2 dan ke 3 Sewa Kereta = RM100 x 2 = RM200

(kongsi 4 orang dah jimat bayar RM50 jer seorang

 

8. Petrol RM100 untuk 2 hari. Kongsi 4 orang baru RM25 sorang (Tempat di KK jauh-jauh) KK, Kundasang, Ranau, Etc

Boleh pandu balik hari dari KK ke Kundasang – Ranau dlm 2 jam perjalanan.

 

Kos Kami :

1. Flight RM200

2. Hotel RM120x3 hari = RM360 kongsi 4 orang baru RM90

3. Makan selama 3 hari x RM50 = RM150

Kereta sewa 2 hari = RM200 kongsi 4 orang baru RM50

4. Tambang Boat Pulau Sapi RM30.20

Petrol RM120 kongsi 4 orang baru RM30

5. Entrance Fee RM3

Tambang Boat Pulau Sapi RM30.20

6. Piknik RM20

7. Kereta sewa 2 hari = RM200 kongsi 4 orang baru RM50

8. Petrol RM25

 

Total RM468.20 lebih kurang

(ini tidak termasuk kos shopping dan makan seafood)

 

Semoga dapat jadi panduan untuk semua. Harap dikongsi untuk panduan mereka yang ingin melancong ke Kota Kinabalu Sabah

#GoDomestic #DekatJer #TourismMalaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.