GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Charger 3rd Party Macbook Air Murah

Charger original Macbook Air MrJocko yang baru dibeli pada bulan Januari 2016 lepas sudah rosak. Cepat rosak, tak tahu kenapa. Yang frustnya, ia dibeli di kedai Machines NU Sentral dan berharga RM349 termasuk GST. Mahal tak untuk charger? Ya mahal, berbanding charger laptop jenama lain.

Sebab itu bila tak sampai 3 bulan ia rosak, rasa frust yang amat. Paling frust, bila pergi ke Machines NU Sentral, mereka suruh hantar ke Apple Service Centre. Bila hantar ke Apple Service Centre Maccity 1 Utama, mereka sahkan memang rosak.

 

Charger 3rd Party Macbook Air Murah

 

Frust Bila Charger Macbook Cepat Rosak

Menyedihkan bila mereka hanya gantikkan part yang rosak sahaja. Lebih menyedihkan, MrJocko terpaksa menunggu selama lebih kurang 7 hari untuk dapatkan gantian Part Charger Macbook Air yang rosak. So, take note guys, kalau part Macbook anda rosak, anda mungkin terpaksa menunggu lama, walaupun produk anda masih dalam warranty.

Mungkin ramai yang jenis banyak kerja dan perlu guna Macbook dengan segera. Nak tunggu 7 hari, lama sangat. Jadi, mana nak beli charger Macbook yang murah?

Nak beli original charger, MrJocko dah serik. Terbang RM349 tetapi barang macam tak ada kualiti. So, MrJocko beli charger 3rd Party di Lowyat. Ada yang kata, charger ini adalah charger refurbished Apple yang memang original, tetapi di”refurbished” untuk kegunaan baru.

 

 

image

 

 

Harga charger Macbook ini murah sahaja, hanya RM120 sahaja dan punyai warranty selama 3 bulan. Untuk kegunaan segera dan gantian, harga charger dan kualiti ini dikira berbaloi.

Nak cari charger Macbook murah atau spart part Macbook murah, boleh ke Lowyat. Kat sini juga ada banyak part smartphone iPhone, iPad, iPod, Mac dan macam-macam lagi produk jenama Apple. Itu kalau korang nak cari spare part 3rd Party untuk Apple. Nak tunggu servis Apple Malaysia, berjanggut la…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.