Farm Show Di Caversham Wildlife Park Perth

Hits: 1220

Cerita melawat di Caversham Wildlife Park di Perth belum habis lagi. Oleh sebab kawasan zoo persendirian ini agak besar, sebenarnya banyak haiwan yang boleh anda jumpa di sini. Pastinya, haiwan yang menjadi sinonim dan ikon di Australia akan anda jumpa haiwan seperti Kangaroo, Wallabies, Koala Bear, Tasmanian Devil, Wombat, Platypus dan Dingo. Selain itu, yang menarik di sini ialah Farm Show Di Caversham Wildlife Park.

Persembahan Farm Show ini akan berlangsung setiap hari dan mempunyai 3 sessi iaitu di sebelah pagi, tengahari dan juga sebelah petang.

 

 

Farm Show Di Caversham Wildlife Park Perth

 

Daily Shows for this Farm Show at Caversham Wildlife Park at 10.00am, 1.00pm and 3.00pm daily. 

Watch sheep shearing, crack a stock whip, milk a cow, bottle feed a lamb, meet a stockman on horseback, swing a billy, watch sheep dogs mustering the sheep all the excitement of a true blue Aussie farm!

When they ask for volunteers, be sure to put your hand up kiddies and grown-ups can get involved!. Take as many photos as you like, with your own camera. It’s FREE, no charge!

Farm Show Di Caversham Wildlife Park

 

Farm_Show_Caversham_Wildlife farm+show+caversham+wildlife+02 farm+show+caversham+wildlife+03 farm+show+caversham+wildlife+08

 

 

Farm Show Di Caversham Wildlife Park

Kami sempat untuk singgah menyaksikan persembahan Farm Show Caversham Wildlife ini pasa sessi pertama. Ruang tempat persembahan tidak la besar tetapi rasanya agak selesa untuk penonton sekitar 100 orang. 

Ia bermula dengan permainan Cemeti dan info tentang bagaimana penternak haiwan di sini memelihara Kambing Biri-Biri ini memnggunakan bantuan Anjing sebagai membantu menjaga dan mengawal haiwan peliharaan. 

Kami kemudian ditunjukkan cara memotong bulu kambing biri-biri dan bagaimana mereka mengklasifikasi gred bulu biri-biri ini dari gred paling murah sehingga gred bulu yang mencecah sehingga Ribuan AUD.

 

Farm_Show_Caversham_Wildlife Farm_Show_Caversham_Wildlife Farm_Show_Caversham_Wildlife Farm_Show_Caversham_Wildlife

 

Persembahan ini PERCUMA kerana ia termasuk dalam pakej harga kemasukkan ke Caversham Wildlife Park. Jadi, tak perlu risau. 

Skill mereka memotong bulu kambing biri-biri ini memang menakjubkan. Tambah lagi, bagi pekerja yang mahir, masa memotong bulu biri-biri ini sangat pantas dan cepat. Pemotong yang bagus akan memastikan kualiti bulu biri-biri ini terjamin dan boleh dijual dengan harga yang mahal.

Masa akhir selepas persembahan, kami semua di jemput untuk memerah susu lembu. Kalau nak cuba, boleh beratur dan mencuba untuk pengalaman memerah susu lembu ke dalam bekas yang di sediakan. Yang ni memang anak-anak MrJocko suka.

Kalau ditanya, berbaloi ke singgah di Caversham Wildlife Park di Perth dengan bayaran AUD27 untuk orang dewasa dan AUD12 untuk kanak-kanak, Ya, sangat berbaloi…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.