GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Jam Pintar Tencent QQ Watch Pantau Keselamatan Anak-Anak

Sebagai seorang ibu bapa, harta yang paling berharga ialah anak-anak. Sebab itu bila MrJocko dijemput untuk sama-sama dalam pelancaran Jam Pintar (Smartwatch) terbaru dari Tencent, ia satu yang MrJocko tunggu-tunggu. Kini, di Malaysia, ibu bapa boleh menggunakan Jam Pintar Tencent QQ Watch untuk memantau keselamatan anak-anak ketika mereka berada jauh dari penjaga. 

Samada mereka ke sekolah, keluar untuk aktiviti bersama rakan-rakan atau sebarang aktiviti lain, sebagai ibu bapa dan penjaga anda boleh memantau ‘track’ dan ‘lokasi’ anak-anak anda.

Jam Pintar Tencent QQ Watch dari Sibyl World

Jam Pintar Tencent QQ Watch Pantau Keselamatan Anak-Anak

 

Jam Pintar Tencent QQ Watch

Jenama Tencent sebenarnya jenama yang cukup besar di China dalam teknologi dan yang paling terkenal ialah dengan aplikasi WeChat. Melalui wakil mereka di Malaysia, Sibyl World Sdn Bhd, ibu bapa di Malaysia boleh menarik nafas lega dengan gajet jam tangan pintar yang betul-betul memberikan banyak faedah kepada pemakai dan kita, sebagai ibu bapa atau penjaga.

Sebagai seorang bapa, antara ciri-ciri pintar yang ada dalam smartphone QQ Watch (Kid Watch) ni dapat membantu ibubapa memantau anak-anak seharian. Jam pintar ini mempunyai kuasa untuk pengesanan lokasi melalui GPS, terbina kamera 0.3MP, WiFi, dan juga sensor graviti. Untuk membolehkan ia beroperasi dengan sebaiknya, jam Tencent QQ Watch ini memiliki slot kad sim nano untuk kegunaan internet mudahalih serta membuat panggilan.

jam smartwatch qq watch jam smartwatch qq watch

jam smartwatch qq watch

smartwatch qq watch launch

 

 

Mungkin ini satu yang baru, dan ramai akan tertanya-tanya tentang keberkesanan Jam Pintar QQ Watch ini untuk anak-anak dan kepada ibu bapa penjaga sendiri. Ya, kami ditunjukkan secara jelas tentang fungsi jam pintar ini dengan sebaiknya oleh wakil dari pihak Sibyl World Sdn Bhd ketika majlis pelancaran ini. 

MrJocko sendiri teruja melihat bagaimana ia berfungsi dalam memberikan ‘LIVE’ update tentang lokasi si pemakai dengan begitu tepat. Lebih menarik, kita dapat melihat ‘sejarah’ perjalanan mereka mengikut rakaman point dari GPS dengan lebih tepat untuk mengetahui dari mana, ke mana dan di mana lokasi jam itu berada. Terbaik!!!

 

smartwatch+qq+watch+malaysia

jam smartwatch qq watch

smartwatch qq watch launch tencent+qq+watch+sibyl+08

smartwatch qq watch launch tencent+qq+watch+sibyl+10

 

Kenapa Jam Pintar QQ Watch ni Bagus?

Jam pintar ini dicipta dengan mudah dan membolehkan pemakai, anak-anak menghubungi terus ibu bapa mereka dengan satu butang mudah. Dalam masa sama, anak-anak boleh menghantar pesanan suara mudah kepada ibubapa mereka dan berhubung dengan maksima 16 orang. Ibu bapa pula boleh ‘monitor’ aktiviti anak-anak menggunakan ‘suara’ dan ‘gambar’ dari jam pintar ini tanpa anak-anak sedar. Hebat bukan?

Untuk informasi semua, jam pintar QQ Watch boleh dihubungkan kepada peranti iOS dan Android melalui aplikasi QQWatch. Baterinya dijangka mampu bertahan dalam 3 ke 5 hari, yang dicas melalui pengecas magnetik.

Jam pintar QQ Watch ini diedarkan oleh syarikat Sibyl World Sdn Bhd dan mempunyai 3 warna pilihan seperti Merah Jambu (Pink), Kuning (Yellow) dan Biru (Blue). Buat masa ini, anda boleh dapatkan jam pintar QQ Kid Watch ini di kedai buku Popular dan juga kedai Watson pada harga promosi RM499 sahaja untuk bulan Mei 2016. Ia akan dijual pada harga RM569 selepas tarikh promosi.

Setakat ini, MrJocko sudah mencuba sejak beberapa hari lepas untuk memantau pergerakkan dan aktiviti anak MrJocko. InsyaAllah, akan MrJocko kongsikan dalam entry Jam Pintar QQ Watch yang akan datang. Sementara itu, jika anda berkemampuan, ini antara jam pintar terbaik untuk anak anda dan anda sekeluarga sebagai gajet ‘keselamatan’ untuk keluarga anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.