Talk Show Obviously Harith Iskander Astro Awani

Hits: 59

Astro Awani tampil berbeza kali ini dengan rancangan bual bicara terbaru mereka. Kini, secara rasminya, Harith Iskander, seorang pelawak yang amat dikagumi di Malaysia bakal tampil menjadi pengacara sebuah rancangan bual bicara baharu iaitu ‘Obviously Harith Iskander’ (OHI).Rancangan bual bicara yang mempunyai 13 episod ini, bakal menyajikan pelbagai unsur jenaka yang akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 9.30 malam di Astro Awani (Saluran 501). Episod pertama yang bermula 28 May 2016, turut menampilkan Tan Sri Tony Fernandes (Air Asia) dan seorang vokalis terkenal iaitu Dasha Logan sebagai tetamu undangan.

Faizal Mansor selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Awani berkata, “Bergelar satu-satunya saluran berita di Malaysia yang beroperasi setiap hari tanpa henti, Awani sentiasa menghidangkan berita terkini dan hal ehwal semasa. Seperti harini, Awani boleh ditonton di kaca TV, telefon bimbit mudah alih dan secara online. Oleh kerana saluran ini mencapai 73 peratus dikalangan penonton bandar, landasan digital kami terus berkembang dengan lebih dari 150 juta paparan halaman yang unik hanya untuk tahun 2015 sahaja. Dengan itu, menjadikan Awani merupakan sebuah pelantar utama bagi berita di Malaysia. Purata capaian media sosial bulanan kami juga menjangkau angka yang mengejutkan iaitu 60 juta dengan lebih 3 juta pengikut secara keseluruhan di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.”

Obviously Harith Iskander

Obviously-Harith-Iskander

Astro Awani Talkshow terbaru Obviously Harith Iskander

“Idea untuk menghasilkan sebuah rancangan bual bicara yang bersiaran lewat malam ini mendapat ilham dan resapan melalui populariti sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang dihoskan oleh pelawak popular, Jimmy Fallon, James Carden dan Jimmy Kimmel. Dengan adanya lebih dari 2 juta penonton Astro yang memilih program komedi sebagai pilihan mereka,kami teruja untuk bekerjasama dengan Harith Iskander, yang juga merupakan seorang pelawak Malaysia yang paling diminati untuk menjadi tunjang utama OHI demi penonton kami. Bergelar ‘stand up comedian’ terbaik Asia, Harith juga merupakan ikon yang telah menghiburkan rakyat Malaysia lebih dua dekad lalu dan Awani sangat berbesar hati untuk menampilkan beliau sebagai pengacara utama OHI.

Harith Iskander berkata, “Saya rasa teruja dan berbesar hati apabila diberi peluang untuk bergabung tenaga dengan pihak Awani. Kesemua unsur yang ada tepat pada waktunya, penonton bakal disediakan dengan sebuah landskap khas untuk berita infotainmen yang disediakan. OHI akan menetapkan satu garis haluan baharu bagi industri penyiaran Malaysia. Dengan adanya rancangan sebegini, kami turut membuktikan kemampuan yang ada, jika tidak sama, tetapi mungkin lebih baik dari apa yang dunia ini tawarkan. Ketika ini, saya perlu memaafkan diri saya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bagus dan sentiasa kelihatan kemas dan mendapatkan potongan rambut yang lebih teratur”

obviously harith iskander awani obviously_harith_iskander_awani_03 obviously_harith_iskander_awani_04 obviously harith iskander awani

Obviously Harith Iskander

Penonton boleh jangka apa yang bakal dilakukan oleh Harith Iskander dengan adanya beberapa segmen seperti berita lawak, sketsa komedi, sesi temu ramah bersama selebriti dan persembahan oleh artis-artis

OHI menjanjikan barisan personaliti menarik antaranya seperti Datin Paduka Marina Mahathir, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dato’ Seri Nazir Razak, Adibah Noor dan antara lain yang memeriahkan studio OHI adalah lagenda jazz, Michael Veerapan selaku pengarah muzik untuk program ini.

Harith, yang juga pernah dinobatkan sebagai ‘Asia’s Best Stand-Up Comedian Award’ oleh ‘Top 10 Of Asia Award 2014’, merupakan stand-up comedian Malaysia pertama yang beraksi di hadapan 9000 penonton di Stadium Putra untuk acara Laugh Malaysia, juga merupakan pertunjukan komedi terbesar dalam sejarah negara.

OHI adalah kolaborasi yang dibawa bersama editorial Astro Awani dengan kebijaksanaan dan kreativiti Harith Iskandar V Day Productions. Ditaja oleh AirAsia Berhad dan Kolej dan Universiti Antarabangsa INTI, OHI bakal bersiaran di Astro Awani (Saluran 501) pada setiap hari Sabtu jam 9.30 malam dan boleh distrimkan secara langsung di www.astroawani.com .Penonton juga boleh menonton semua kandungan eksklusif laman web di www.obviouslyharith.com serta ikuti laman sosial @obviouslyharith di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.