Menu Mee Sedap Di Restoran Boat Noodle Sunway Putra Mall

Hits: 708

Sebelum ini, menu di Restoran Boat Noodle sangat terkenal di Bangkok, Thailand. Antara menu yang menjadi pilihan ramai dengan keunikkan mangkuk mee beras saiz kecil yang dihidangkan kepada pelanggan. Samada anda peminat ayam atau daging, kedua-duanya ada dalam menu sedap di Boat Noodle. Kini, Boat Noodle sudah berada di Malaysia dan masa untuk menikmati menu sedap hidangan restoran Boat Noodle.

Sehari sebelum puasa, MrJocko membawa wife dan anak-anak untuk mencuba beberapa lagi menu di Boat Noodle Sunway Putra Mall Kuala Lumpur.

Restoran Boat Noodle

 

boat-noodle-malaysia

 

 

Memandangkan restoran Boat Noodle ni agak terkenal, untuk mendapatkan meja di restoran ini bukan senang. Anda terpaksa menunggu sekitar 30 minit untuk mendapatkan giliran. Sebaiknya, kalau nak pergi makan di Boat Noodle, buat tempahan awal atau rancang untuk mengambil giliran sebaiknya.

Tak kira masa, selalunya waktu puncak di Boat Noodle ini bermula seawal jam 11.00 pagi sehingga ke waktu malam. 

 

Menu-Boat-Noodle Menu-Boat-Noodle Menu-Boat-Noodle Menu-Boat-Noodle Restoran-Boat-Noodle

 

Menu Sedap Di Restoran Boat Noodle

Yang paling menarik di restoran Boat Noodle, mungkin pilihan menu mee beras nya yang murah. Untuk satu mangkuk, ia cuma dijual dengan harga RM1.90 sahaja bagi pilihan resipi Pathumthani atau Ayutthaya. Kedua-dua resipi ini ada dihidangkan dalam mangkuk perisa ayam atau daging. Kalau orang dewasa, 4 mangkuk baru terasa kenyang.

Untuk menu lagi yang boleh anda cuba ialah menu Yum Meatball, Thai Popeye Tempura, Grill Beef Meatball atau Chicken Meatball dan juga Chicken Wings.

Kalau di Boat Noodle, MrJocko suka minum Ice Blended Thai Coffee atau Ice Blended Thai Tea. Rasa kedua air blended ni lain sedikit dan memang sedap.

Untuk rasa, servis, pilihan menu dan harga, agak berbaloi kalau singgah makan di Boat Noodle. Cuma kalau mereka boleh perbanyakkan menu, lagi terbaik. Belum cuba menu di Boat Noodle? Kalau begitu, anda mesti kena cuba…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.