Austin Heights Water & Adventure Park Teaser 6 Entrance

Hits: 237

Austin Heights Water & Adventure Park Teaser

Ada banyak theme park baru sekitar Malaysia, tetapi MrJocko nak bawa anda ke theme park baru dan sangat menarik diberi nama Austin Heights Water & Adventure Park Teaser yang terletak di bandar Austin Heights yang telah dibuka kepada orang ramai pada 19 Disember 2015.

Ia terletak berhampiran Austin Heights Golf & Resort Hotel dan mempunyai 2 taman tema (theme park) yang berbeza iaitu water park dan juga adventure park. Kombinasi dua theme park ini memang menarik dan tarikan yang menggiurkan sesiapa sahaja.

 

 

austin heights water park

 

Di entrance taman tema Austin Heights Water & Adventure Park ini, MrJocko disambut dengan jaringan tali ‘adventure’ tinggi terletak di atas, setinggi bangunan 3 tingkat di pintu masuk. Di sebelah kiri, terdapat trek perlumbaan ‘kereta drift’ yang menarik.

Seperti namanya, taman ini terdiri daripada Taman Air dan Taman ‘Kembara’ yang penuh dengan aktiviti mencabar fizikal anda.

Untuk masa ini, tiket masuk ke Taman Air Austin Heights (Water Park) ialah Dewasa RM118 dan Kanak-kanak RM98. Untuk bawah umur 3 tahun RM12 sahaja. Untuk kemasukan ke Taman Kembara (Adventure Park) Dewasa RM118 dan Kanak-kanak RM98. Untuk pakej kombo kedua-dua theme park ini ialah Dewasa RM188 dan Kanak-kanak 158. Sebab itu, beli pakej kombo di Austin Heights Water & Adventure Park semestinya menguntungkan.

Apa lagi, jika anda perlukan aktiviti air dan kembara yang mencabar diri anda, jom ke Austin Heights Water & Adventure Park di Johor. 

Austin Heights Water & Adventure Park Teaser

 

 

Walaupun ia satu lokasi taman tema air yang baru dibuka, tetapi ia antara tenpat yang best untuk anda bersantai dengan keluarga. Sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

Kolam air yang masih lagi baru, cantik dan semestinya ia menyeronokkan. Tidak kira untuk anak-anak atau orang dewasa, semua pasti akan gembira.

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.