Pantai Cherating Di Kuantan Terkenal Sejak 1960-an

Hits: 2033

Selain dari keindahan pantai di Teluk Cempedak, Pahang juga mempunyai pilihan pantai yang dikatakan antara pantai terbaik di Malaysia. Destinasi terkenal ini dikenali sebagai Pantai Cherating Di Kuantan terkenal sejak 1960-an lagi. Mula popular selepas ia dijumpai oleh seorang pelancong ‘backpakers’ yang menginap di guesthouse di Cherating, yang dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa di tepi persisir pantai yang cantik.

Sehingga kini, Pantai Cherating di Kuantan menjadi salah satu tempat menarik dan tarikan utama pelancong ke Pahang. Lokasi ini juga mempunyai pelbagai pilihan resort dan hotel menarik di Cherating termasuk yang terkenal ialah Club Med Cherating.

 

tempat menarik di Cherating

 

Antara resort dan hotel menarik lain yang ada di Cherating termasuk Legend Cherating Beach Resort, Holiday Beach Resort & Spa, Suria Cherating Beach dan banyak lagi yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet. MrJocko secara peribadi tidak pernah menginap di Pantai Cherating kerana beberapa kali ke sini singgah menginap di bandar Kuantan.

Antara tempat menarik di Cherating termasuk pantai yang menarik, Pusat Konservasi Penyu bersebelahan dengan Club Med, Gerai Jualan Satar dan Keropok serta beberapa gerai jualan cenderahati produk tempatan Cherating.

Tempat Menarik di Cherating

tempat menarik di Cherating tempat menarik di Cherating tempat menarik di Cherating

 

Seperkara lagi, banyak lokasi pantai di Cherating adalah hak milik persendirian. Sebab itu, tak ramai yang lepak santai di Pantai Cherating, tidak seperti Pantai Teluk Cempedak. Jika anda ingin bersantai di Cherating, sebaiknya pilih menginap di resort atau hotel yang berada di tepi pantai Cherating.

Musim monsun, di Cherating selalu ada pertandingan ‘Surfing’ ombak. Masa ini, kalau anda peminat sukan surfing atau minat untuk surfing, apa kata singgah di Cherating untuk melihat kemeriahan sukan ini.

Memandangkan tahun depan, tahun 2017 merupakan Tahun Melawat Pahang, maka sebaiknya jika anda mahu melawat Pahang, inilah masa terbaik untuk anda meneroka keindahan negeri Pahang. Tidak hanya dengan pantai, di sini ada pelbagai pilihan destinasi lain yang boleh anda cuba sempena promosi Tahun Melawat Pahang 2017 #VisitPahang2017.

Nota Kaki – Entry ini menyokong Promosi Tahun Melawat Pahang 2017

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.