Maldives Malaysia Di Pulau Rawa Mersing Menakjubkan

Hits: 3110

Anda yang memang gilakan percutian pulau, pasir pantai, laut membiru serta ketenangan ombak dan bayu mungkin akan lebih teruja untuk teroka destinasi ‘Unseen Malaysia’ yang terletak di perairan negeri Johor. Maldives Malaysia Di Pulau Rawa Mersing Menakjubkan.

Pulau Rawa di Mersing menawarkan pelbagai jenis aktiviti sukan laut, termasuk snorkeling, berkayak, menyelam skuba, belayar, dan mandi manda. Tetamu resort juga boleh menikmati pengalaman berjalan-jalan di sekitar pulau atau mendaki ke puncak pulau, untuk melihat pemandangan panorama pulau-pulau sekitarnya dan keindahan Laut China Selatan.

Kawasan pulau ini adalah sebahagian dari Taman Laut Sultan Iskandar, oleh itu, pelancong diingatkan bahawa memancing, jet-ski dan pembuangan sampah adalah aktiviti yang dilarang sama sekali di pulau itu. 

Pulau Rawa di Mersing

Pulau Rawa Mersing

 

 

Pertama kali sampai di pulau yang jarang MrJocko dengar secara peribadi, malah masih ramai lagi rakan-rakan tidak begitu mengenali dan mengenali pulau yang cantik di Kepulauan Mersing ini. Peluang singgah bermalam dan bercuti di Pulau Rawa, memang sesuatu yang terbaik dan ia memang sangat berbaloi.

Bermula dengan perjalanan menaiki Bot Laju dari Jeti Rawa Island di pekan Mersing, kami dibawa terus menuju ke Pulau Rawa. Melihatkan ‘sedikit’ gambar menarik Pulau Rawa Mersin sebelum ini, MrJocko teruja untuk melihat sendiri keindahan air laut dan pasir pantai yang memutih.

MasyaAllah, memang benar, cantiknya keindahan alam semulajadi di pulau persendirian, Pulau Rawa Mersing ini.

Pulau Rawa Mersing

 

Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing

Pulau Rawa Mersing

 

 

Bayangkan keindahan yang sebelum ini kita lihat di negara luar, kebiruan air laut serta bayu ombak dan terpeliharanya ‘coral’ yang cantik ini ada di dalam Malaysia. Kiri kanan kami di kelilingi oleh laut dan keindahan alam, setanding kehebatan Kepulauan Maldives. Malah, sebenarnya di Pulau Rawa Mersing, ia menawarkan lebih dari apa yang terbaik untuk peminat percutian pulau, laut, pantai dan juga peminat sukan snorkeling serta penyelam skuba.

Tidak perlu pergi jauh, hanya beberapa meter dari bilik penginapan, ada ruang cafe yang indah, ruang permainan serta gazebo yan terletak di jeti. Ruang rehat terbaik untuk musim percutian yang anda impikan.

 

 

Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing

Pulau Rawa Mersing

 

 

Untuk mereka yang suka keindahan alam, Pulau Rawa hill top mungkin akan menjadi tarikan sampingan. Naik ke puncak bukit ini, hanya beberapa meter dengan ketinggian beberapa anak tangga, anda akan terpesona dengan pemandangan waktu senja dan juga pemandangan waktu matahari terbit. Indahnya ciptaan Tuhan.

 

 

Pulau Rawa Mersing Pulau Rawa Mersing

 

Percutian di Pulau Rawa Mersing, memang TERBAIK, itu sahaja yang boleh MrJocko katakan. Alami sendiri percutian yang sangat mengagumkan di Pulau Rawa Mersing, anda akan rasa kepuasan percutian pulau yang maksima.

Nak tahu berapa harga pakej percutian di Pulau Rawa Mersing? Untuk tempahan bilik dan resort, anda boleh hubungi talian +607 799 1204 or +607 799 1205 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Atau boleh email di [email protected]

Pakej Rawa Island Resort 2016 -> here.
Seasonal Chart Rawa Island Resort 2016 -> here.

Nak booking pakej di Pulau Rawa secara Online pun boleh,,, Klik sini Rawa Island Resort. Nak baca pengalaman MrJocko menginap di Pulau Rawa Mersing, boleh baca di entry ini http://www.mrjocko.com/2016/08/menginap-di-rawa-island-resort.html

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

3 Comments on “Maldives Malaysia Di Pulau Rawa Mersing Menakjubkan”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.