Sari Pacifica Resort Spa Pulau Sibu Unik Dan Tersendiri

Peluang singgah untuk bermalam dan menginap di Pulau Sibu Mersing menjadi kenyataan ketika MrJocko bersama rakan media menyertai FAM Trip Malaysia Travel Writers pada awal bulan Ogos yang lalu. Pertama kali dapat menginap di Sari Pacifica Resort And Spa Pulau Sibu yang Unik Dan Tersendiri. 

Tempat peranginan yang elegan di Pulau Sibu ini dikelilingi oleh latar belakang tropika yang subur dan mempunyai teluk persendirian dengan pantai berpasir dan pemandangan indah mengadap Pulau Tinggi.

Sari Pacifica Resort And Spa

 

Tempat peranginan elegan di Pulau Sibu dikelilingi oleh latar belakang tropika yang subur dan mempunyai teluk peribadi dengan serbuk emas pantai berpasir dan pemandangan indah Pulau Tinggi. Seni bina resort butik tropika moden, dan kawasan pedalaman adalah campuran Zen dan fabrik moden kontemporari. Setiap vila mempunyai sebuah murah hati 600 sq.ft. ruang dilengkapi dengan pelantikan mewah untuk kerehatan kerana anda menikmati penginapan anda di Pulau Sibu

 

Seni bina resort di Sari Pacifica Resort and Spa ini adalah berkonsepkan butik tropika moden dimana kawasannya adalah gabungan “zen” dan gaya moden kontemporari. Untuk info, setiap bilik villa mempunyai keluasan sekitar 600 sqft yang dilengkapi dengan dekorasi mewah untuk waktu percutian anda di Pulau Sibu.

MrJocko berpeluang menginap di villa mengadap pantai dengan katil bersaiz Queen. Kali ini MrJocko menginap berdua dengan Bro Maestro dan masih lagi selesa kerana keluasan bilik, tilam yang empuk, sofa santai yang selesa, beranda yang luas serta bilik air yang mempunyai jakuzi dan bilik mandi yang sangat awesome.

Villa di Sari Pacifica Pulau Sibu

sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing

Sari Pacifica Resort Spa Sibu Island 05 sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing sari pacifica resort spa mersing

Bilik Sari Pacifica Resort and Spa Pulau Sibu

Setiap bilik dilengkapi dengan ruang beranda untuk waktu santai, bilik air jakuzi untuk waktu mandi yang awesome serta semestinya hiburan rangkaian saluran TV Satelit. Jadi kalau tiba-tiba datang dan hujan, tak ada la boring sangat tak tahu nak buat apa. Jenis macam MrJocko, memang suka layan TV hingga waktu tidur 🙂

Jenis bilik Villa di Sari Pacifica Resort and Spa ini berkonsepkan ‘resort bilik berkembar’. Kalau anda datang ke sini bersama keluarga dan menginap di 2 bilik, anda akan lebih selesa kerana bilik ini mempunyai pintu ‘joining door’ untuk bilik yang lebih luas.

Menu makan di sini memang sedap. Masa kami singgah, ada sessi BBQ dan menu BBQ di sini adalah ayam bakar, ikan bakar, udang bakar, nasi, kari, mihun, kuih muih serta pelbagai menu pencuci mulut yang memang sedap. Berbaloi dan akan buatkan anda kenyang sampai pagi.

Sudah pasti kalau anda bercadang nak bercuti di Pulau Sibu, resort seperti Sari Pacifica ini mungkin sesuai untuk anda. Selain dari lobby hotel yang terbaik, di sini ada ruang makan yang agak luas dan terbuka, bar, bilik gym, kolam mandi dan jakuzi serta lokasi sukan air yang menarik.

Ada rezeki untuk bercuti di sini, bole dapatkan maklumat lagi di laman web rasmi mereka www.sibu.saripacifica.com 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.