Turtle Watch Camp Di Mersing Pusat Pemeliharaan Penyu

Pulau Tengah Mersing bukan sahaja terkenal dengan kecantikkannya, tetapi ia juga terkenal dengan satu pusat pemuliharaan penyu yang memberi fokus dalam menyelamatkan ratusan telur-telur penyu yang ada di sekitar pantai Pulau Tengah Mersing ini. Ia dikenali sebagai Turtle Watch Camp Pulau Tengah Mersing.

Turtle Watch Camp (TWC) telah dibangunkan bersama Taman Laut untuk meningkatkan kelangsungan hidup anak-anak penyu penyu laut dan telur diletakkan di pulau Tengah dan pulau-pulau sekitar Johor, melalui penetasan dikawal dan pemantauan sarang semula jadi. Menggalakkan dan menggubal pemuliharaan alam sekitar.

Inisiatif ini adalah usaha persendirian dari pihak Pulau Tengah dan turut membuka peluang ‘Volunteer Workers’ kepada mereka yang berminat dalam membantu usaha pihak TWC untuk memelihara kelangsungan hidupan laut ini.

 

turtle watch camp mersing

 

Turtle Watch Camp (TWC) ialah usaha sukarelawan dalam membantu memantau, membuat rondaan dan melepaskan anak-anak penyu yang diselamatkan di sini. Selain itu, ada juga terlibat dalam beberapa projek dan program pendidikan untuk menggalakkan pemuliharaan penyu.

Di Turtle Watch Camp ini anda berpeluang untuk mempelajari tentang kehidupan penyu dan cara pihak sukarelawan menguruskan Pusat Pemuliharaan Penyu ini. Anda boleh melihat dari tempoh ia diselamatkan dari mula ibu penyu bertelur, sehingga ke lokasi pengeraman dan penetasan.

turtle watch camp Mersing Johor

 

Pusat Pemuliharaan Penyu Pulau Tengah

turtle watch camp mersing turtle watch camp mersing turtle watch camp mersing

turtle watch camp mersing turtle watch camp mersing

turtle watch camp mersing

turtle watch camp mersing

 

 

Di sini ada beberapa pekerja volunteer bekerja untuk menguruskan proses ini dan ia berlaku sepanjang musim penyu bertelur. 

Ini kelebihan yang anda boleh jumpa kalau bercuti di Pulau Tengah Mersing dan mungkin tidak ada di lokasi lain. Bukan sahaja pantai cantik, pulau yang terbaik, resort yang eksklusif di Kepulauan Mersing.

InsyaAllah, kalau ada peluang MrJocko akan ke sana lagi. Kalau ada kesempatan, nak ambil pakej untuk buat program volunteer di pusat pemuliharaan penyu Turtle Watch Camp di Mersing ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.