Bermula Promosi MATTA Fair September 2016 Di PWTC

Hits: 430

Pakej harga murah untuk tiket penerbangan, pakej melancong, itinerary dan pelbagai pakej penginapan di hotel kini kembali dengan Bermula Promosi MATTA Fair September 2016 Di PWTC. Promosi pakej kembara murah ini akan bermula dari hari ini, Jumaat, 2 September hingga Ahad, 4 September 2016.

MATTA Fair September 2016 Di PWTC

 

matta-fair-september

 

 

MrJocko antara yang terawal singgah di MATTA Fair PWTC bulan September ini kerana menghadiri satu majlis MOU antara MATTA dan ASITA (Association Of The Indonesian Tours & Travel Agencies.

Harga untuk kemasukkan ke MATTA Fair masih lagi RM4 bagi setiap orang. Harga ini masih lagi sama setelah beberapa tahun kebelakangan ini. Beg MATTA Fair kali ini warna PINK dan ia memang menarik 🙂

 

matta-fair-september matta-fair-september matta-fair-september matta-fair-september matta-fair-september matta-fair-september

 

 

Samada anda mencari pakej percutian dalam negara atau luar Malaysia, banyak pilihan yang boleh anda bandingkan jika ke MATTA Fair kali ini. Antara yang menarik, pakej penginapan di Grand Lexis Port Dickson dan juga pakej diskaun murah dari Menara KL, Hop On Hop Off, Aquaria dan banyak lagi termasuk pakej percutian ke Taiwan, Hong Kong, Korea dan Jepun.

Selain dari pakej percutian murah di MATTA Fair, anda boleh terus menempah tiket penerbangan anda di sini melalui agen-agen tiket penerbangan yang memang dipercayai.

Untuk ke MATTA Fair PWTC, anda boleh memandu kereta, menaiki motosikal, komuter atau menaiki LRT Star. Ia akan mula dibuka pada Jumaat 2 September 2016 bermula jam 10.00 pagi hingga jam 9.00 malam sehingga hari Ahad 4 September 2016.

MATTA Buyer’s Contest kali ini ada 8 Tiket Penerbangan Pergi Balik tajaan EMIRATES. Paling menarik, antaranya ialah tiket pergi balik Business Class Emirates dari Kuala Lumpur ke London. Wow!!!

Apa lagi, jom kita shopping di MATTA Fair PWTC pada 2 – 4 September 2016.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.