GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Dashing Bold 2.0 Haruman Macho Untuk Lelaki

Dashing Bold 2.0 Haruman Macho Untuk Lelaki, itu yang boleh MrJocko katakan bila mencuba koleksi terbaru produk haruman lelaki ini. Dashing memang sudah terkenal sejak dulu dan MrJocko sendiri menggunakan pencuci muka dan Body Spray Dashing.

Produk terbaru ini, baru sahaja dilancarkan. Untuk produk review kali ini, MrJocko menerima koleksi Dashing Bold 2.0 yang terdiri daripada Minyak wangi, Semburan Deodoran semburan dan Bebola Deodoran. Yang menarik, kesemuanya tidak mempunyai tambahan gas. Ia bersifat semburan neutral.

MrJocko baru menggunakan produk ini selama 2 minggu. Apa komen MrJocko tentang Dashing Bold 2.0 ini? Nampak macam best kan?

Dashing Bold 2.0

dashing_bold_2.0

 

Dashing Bold 2.0 EDT merupakan wangian terbaru khas untuk lelaki. Kalau fahaman MrJocko, bau bold ini agak sedikit keras serasi dengan bau lelaki yang biasanya lebih banyak berpeluh berbanding wanita. Untuk lelaki, bau Dashing Bold 2.0 agak harum. Pengalaman MrJocko, bila menggunakan Dashing Bold 2.0 ini, ia mampu mengekalkan haruman walaupun MrJocko agak berpeluh. Harga minyak wangi Dashing Bold 2.0 EDT 100ML ialah RM34.50 termasuk 6% GST. Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

 

dashing_bold_2.0 minyak wangi dashing_bold_2.0

 dashing_bold_2-0_02

Dashing Bold 2.0 juga mempunyai koleksi semburan badan Deodoran tanpa gas yang pertama di Malaysia. Untuk kegunaan biasa, semburan ini mampu bertahan selama 2 bulan atau 750 kali semburan. Ermmm jimatkan? Ia memberi perlindungan selama 24 jam dan menghalang bau badan serta menghapuskan bakteria. Untuk koleksi ini, ia berharga RM 19.90 termasuk 6% GST. Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

 

dashing_bold_2-0_05 dashing_bold_2.0

 

Satu lagi, koleksi Dashing Bold 2.0 ini ialah deodorant bebola. Ia antara yang jenis cepat kering dan boleh menghalang bau badan sehingga 60 jam. Sama juga dengan koleksi yang lain, ia mempunyai perlindungan antibakteria. Harga yang dijual sekitar RM 6.50 termasuk 6% GST. Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.

Secara peribadi, untuk nilai pembelian koleksi Dashing Bold 2.0 ini agak berpatutan. Bau memang best dan punyai tarikan tersendiri, Paling MrJocko suka bila guna Semburan Deodoran. Bau dia memang best dan boleh tahan lama, walaupun MrJocko agak berpeluh bila menunggang motosikal seharian.

Nak beli Dashing Bold 2.0, boleh ke pasaraya utama di Malaysia. untuk info, ia adalah produk keluaran WIPRO UNZA.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman website http://www.dashing.com.my/ atau layari Fanpage Facebook https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.