Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe

Hits: 888

Resorts di Royal Belum ini memang menjadi pilihan tetamu jika inginkan pengalaman menginap diresort bertaraf 5 bintang berlatarbelakangkan flora dan fauna serta tasik jadian yang berada di tengah Banjaran Titiwangsa ini. Selain dari bilik resort yang menarik, MrJocko nak kongsi Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe. Kondisi bilik yang hebat, makanan di sini, sudah pasti turut sama hebat.

Pertama kali mencuba menu makanan di Hornbill Restaurant di Belum Rainforest Resorts, ia memukau selera MrJocko dan keluarga. Samada menu pilihan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga buffet makanan untuk makan malam, semua menu memang terbaik. Ini adalah review ikhlas MrJocko untuk menu makanan di Belum Rainforest Resorts.

Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe
 
Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe

 

Hari pertama sahaja, ketika sampai di Belum Rainforest Resorts, MrJocko dijamu dengan menu makanan tengahari di Hornbill Restaurant. Untuk pertama kali di sini, MrJocko mencuba menu masakan ‘ala Malaysian’ di Hornbill Restaurant dan bersetuju jika ramai mengatakan ia antara menu resorts restoran yang terbaik pernah MrJocko rasa.

Kali pertama MrJocko merasa menu Sup Ekor ala Belum Rainforest Resorts yang sangat sedap. Ia adalah menu kombinasi ekor lembu yang agak pedas dengan pilihan kuey teaw.

 

food_review_belum_rainforest_resorts_gerik_05

Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe

 

Tidak dilupa, menu simple Mee Goreng yang digoreng seperti Mee Goreng Mamak, tetapi dengan resipi resort ini tidak kurang hebat. Anak MrJocko memang kata sedap hinggakan dia boleh habiskan menu ini sepinggan orang dewasa. Fuh!!!

http://www.mrjocko.com/2016/09/hotel-review-belum-rainforest-resort-di-royal-belum.html
Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe

 

Satu lagi menu yang boleh menjadi pilihan jika anda singgah menginap di Belum Rainforest Resorts di Gerik ini, cuba order menu Nasi Goreng Kampung cara Belum Rainforest Resorts. Menu nasi goreng yang diboreng bersama telur dan juga ayam goreng ini pasti memukau citarasa anda. Walaupun simple, tetapi saya boleh jamin ia memang sedap.

 

food_review_belum_rainforest_resorts_gerik_07 Food Review Belum Rainforest Resorts Cafe

 

Andai anda seorang yang sukakan menu antarabangsa, boleh cuba menu Spaghetti dan juga Chicken Chop special yang disediakan oleh Chef terbaik di sini. Ia antara menu yang popular di kalangan pelancong antarabangsa dan memang dibuat dengan citarasa Malaysian. Tak rugi kalau anda cuba menu di Hornbill Restaurant ini.

Restoran Hornbill ini menjadi restoran utama untuk tetamu resorts yang mana ia mempunyai kemudahan tempat duduk untuk 120 orang dalam satu masa dan ia dibuka untuk sarapan pagi, makan tengahri dan juga makan malam. Menu di Hornbill Restaurant adalah menu tempatan dan antarabangsa, dibuka seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 11.00 malam.

Satu lagi restoran ialah SiDai Specialty Restaurant yang menyediakan menu masakan barat (western) dan Mediterranean cuisines khas untuk pelancong yang mahukan kelainan citarasa dunia. Ia boleh memuatkan seramai 60 orang dan dibuka dari jam 11.00 pagi hingga jam 11.00 malam.

Semestinya pengalaman baru menginap di Belum rainforest Resorts di Royal Belum dan dilengkapkan dengan menu makanan terbaik di Restoran Hornbill dan juga SiDai Specialty Restaurant.

Jika anda ada peluang, apa kata cuba singgah dan dapatkan menu pilihan terbaik anda di Hornbill Restaurant di Belum Rainforest Resorts di Gerik ini.

 

food_review_belum_rainforest_resorts_gerik

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.