Restoran Halal KENNY Asia Di Osaka Pilihan Rakyat Malaysia

Hits: 1479

Sekiranya anda melancong ke Dotonbori, anda boleh menarik nafas lega sekiranya anda bercadang untuk merasai menu masakan Malaysia yang Halal. Anda boleh cuba singgah ke Restoran Halal KENNY Asia Di Osaka Pilihan Rakyat Malaysia sejak dari tahun 2006. Hanya beberapa minit perjalanan dari lokasi terkenal Dotonbori, anda akan di sapa oleh tuan punya kedai dengan keramahan cara Malaysia.

KENNY Asia adalah restoran yang menyediakan menu dari Malaysia & Singapura sejak dari tahun 2006 lagi. Menu di KENNY Asia termasuk menu Nasi Ayam Hainan, herba beras aromatik dengan dicampur kari pedas India, Laksa, Nasi Lemak, Roti Canai dan lain-lain lagi. Mereka menyajikan masakan asli Malaysia & Singapura dan juga makanan halal untuk pelanggan Islam.

Interior dalaman Restoran KENNY Asia ini sebenarnya berasal dari sebuah rumah mandi awam Jepun lama. Agak kecil tetapi, inilah cara orang Jepun.

Restoran Halal KENNY Asia Di Osaka

Kenny Asia Dotonbori Osaka

 

Pertama kali singgah di sini, terasa bagaikan di restoran di Malaysia, melainkan tulisan Jepun yang tertera di dinding restoran. Pemiliknya, Mr Kenny memang sangat peramah dan menyambut kami mesra bersama-sama isteri beliau yang sangat sajak dengan baju kebaya Nyonya.

Bukan setakat keramahan dan ‘hospitality service’ yang terbaik, tetapi menu di sini juga memang menjadi tumpuan ramai orang Malaysia, Indonesia dan Singapura jika melancong ke Dotonbori, Osaka.

 

Kenny Asia Osaka

Kenny Asia Osaka

kenny-asia-osaka

 

Antara rahsia yang mengekalkan kesedapan dan kualiti rasa masakan asli Malaysia di KENNY Asia ialah kerana mereka menggunakan bahan-bahan asli dari Malaysia seperti rempah ratus Baba’s, Serbuk Kari, Cili dan hampir semua yang dibawakan dari Malaysia. Tidak lupa, Teh dari Malaysia yang kemudiannya dibuat Teh Tarik Osaka hanya di KENNY Asia Restaurant Dotonbori.

MrJocko sendiri berkesempatan merasai menu Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai dan juga Teh Tarik sebagai syarat utama untuk merasai citarasa Malaysia sebenar ketika di Osaka, Jepun. Memang sedap dan kekal dengan rasa Malaysia.

Untuk anda yang bercadang nak ke KENNY Asia Osaka, boleh Google sahaja lokasinya di internet atau ikut alamat ini 〒542-0074 Osaka Prefecture, Osaka, Chuo Ward, Sennichimae, 1 Chome−7番25号. Maklumat lain boleh layari laman web http://kennyasia.com/free/eng atau ke Facebook KENNY ASIA

 

menu halal di Osaka menu halal di Osaka menu halal di Osaka

 

Menu Halal KENNY Asia Osaka

restoran-kenny-asia-osaka

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.