Selamat Hari Raya AidilAdha 1437 Hijriah Tahun 2016

Hits: 127

Selamat Hari Raya AidilAdha 1437 Hijriah bersamaan dengan tahun 2016 Masihi. Tahun ini, seperti biasa MrJocko dan keluarga menyambut kedatangan Hari Raya Haji 2016 ini dengan sederhana sahaja.

Melihat kepada ramai rakan-rakan yang berkesempatan untuk mengerjakan Ibadah Haji di Mekah dan Madinah, terasa teringin sangat-sangat nak ke sana. Bila la rezeki kami semua nak ke sana?

Selamat Hari Raya AidilAdha 1437

Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

 

Tahun ni, tidak sempat nak buat ibadah Qurban. Rasa menyesal pulak. Ni semua mungkin sebab MrJocko leka dengan urusan dunia ni. Sedar-sedar dah nak tiba hari raya. Semoga tahun hadapan masih ada masa untuk MrJocko melakukan ibadah Qurban.

Masa hari raya seperti ini, seperti biasa, yang paling meriah mestilah anak-anak. Tambah lagi bila balik kampung ke Kelantan, ramai saudara dan banyak benda yang boleh kami buat.

Untuk pembaca blog MrJocko, rakan-rakan dan saudara mara, Selamat Hari Raya AidilAdha 1437 Hijriah

 

Selamat Hari Raya AidilAdha selamat-hari-raya-aidiladha-02

Selamat Hari Raya AidilAdha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.