Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

Hits: 1407

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1 adalah pengalaman pertama MrJocko melalui cara kerja orang ‘filem’. Kami mula start penggambaran di Utara Semenanjung Tanah Air. Kami mulakan dengan negeri Perlis. Hari pertama shooting, kami mula di bandar Kangar.

Fokus Nota Kembara Bersama MrJocko adalah rancangan TV Travelogue yang akan mencari hasil kraf, pembuatan dan juga persembahan yang menarik di seluruh Malaysia. Tidak lupa, kami akan berkongsi beberapa tempat menarik di Perlis.

Nota Kembara Bersama MrJocko

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

 

Bukan senang nak shooting, walaupun ia nampak rancangan yang spontan dan santai. Permulaan, memang memakan banyak masa dan juga re-take. Selalu salah sebut dialog dan juga intonasi yang tak berapa jelas. Alahai…

Alhamduillah, selepas tunjuk ajar dari pengarah dan juga Crew, boleh la MrJocko perbaiki sedikit demi sedikit.

 

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1 nota-kembara-bersama-mrjocko-04 Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1

Penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko

Ramai mungkin tidak tahu, banyak lokasi dan tempat menarik yang ada di Perlis. Jarang kita dengar dan juga jarang kita ambil tahu. Sedangkan, kalau melancong ke Perlis, banyak yang anda boleh cuba dan rasa.

Antara lokasi yang kami singgah ialah di Kangar, Gua Gelam dan sekitar sempadan. Banyak makanan yang menarik di Perlis, namun itu semua anda boleh tonton dalam rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko yang dijadualkan akan bermula siaran pada bulan Disember 2016.

InsyaAllah, ada masa MrJocko akan kongsi sedikit teaser tentang perjalanan dan penggambaran MrJocko bersama crew Nota Kembara Bersama MrJocko. Jangan lupa support dengan share update MrJocko dengan menggunakan hashtag #NotaKembaraBersamaMrJocko #LuncaiEmas

Sekian, sign out dulu ya…

4 Comments on “Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 1”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.