Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

Hits: 227

Sarawak menjadi destinasi terakhir MrJocko untuk rancangan Travelogue kali ini. Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 akan berkongsi serba sedikit tentang perjalanan MrJocko ke hampir separuh negeri Sarawak, bermula dari daerah Sematan, Kuching, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Banyak tempat menarik di Sarawak saya terokai dan hampir kesemua lokasi yang saya pergi adalah pengalaman pertama.

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser

 

 

Pengalaman kali ini saya dapat berjumpa dengan keramahan rakyat Sarawak samada suku kaum Bidayuh, Iban, Melanau, Murut dan beberapa kaum lain yang menjadi penduduk asal di tanah Borneo ini.

Kalau dulu, saya ingatkan pekan-pekan di negeri Sarawak ini kecil, tetapi mengejutkan saya bila dapat melihat bandar Sibu yang agak moden, kepesatan bandar Mukah dan juga lokasi bandar Sarikei dan Dalat yang mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri.

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 Kampung Budaya Sarawak MK Classico Kuching Kingwood Hotel Mukah Dalat Waterfront Pantai Kabong

 

 

 

Jauh perjalanan, luas pandangan, betul kata orang-orang lama. Pengalaman menjelajah negeri Sarawak dengan sejauh 500km yang mengambil masa selama 10 jam akan menjadi kenangan terbaik MrJocko selama penggambaran di Sarawak.

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 7 ini memang akan dikemaskini dengan artikel penuh tentang cerita saya di Sematan, Kuching, Sarikei, Dalat dan Mukah. Kalau anda nak baca kisah cerita misteri di Sarawak, kisah kubur tergantung dan cerita parang yang mengorbankan kepala musuh, boleh baca di Blog MrJocko ini nanti.

 

Nota Kembara Bersama MrJocko Teaser 6

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.