GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang

Kalau tidak silap, pertama kali MrJocko ke Langkawi tahun 2002. Masa tu pergi ke Langkawi menginap di Resort BNM di Pekan Kuah. Pertama kali sampai Langkawi dengan Bro Mawi. Selepas hampir 14 tahun, MrJocko sekali lagi jejakkan kaki ke sini. Kali ini, nak kongsi tentang Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang.

Kalau sebelum ini, paling terkenal untuk ke Langkawi, ramai menggunakan Jeti Kuala Kedah. Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang naik di Jeti Kuala Perlis. Antara sebab utama, sebab ia lebih dekat dan tambang feri ke Langkawi yang murah.

Jeti Kuala Perlis ke Langkawi

Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang

 

Berbanding puluhan tahun dahulu, memang keadaan Jeti Kuala Perlis memang lebih selesa. Dengan bangunan yang baru, susunan kaunter tiket yang teratur serta tempat duduk dan ruang menunggu memang luas dan banyak. Memudahkan pengguna untuk naik di Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.

Di bahagian depan Jeti Kuala Perlis, ada banyak restoran, kedai serbaneka, hotel bajet, bank dan juga gerai-gerai jualan untuk memudahkan pengguna.

 

Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang

Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang
Jadual Pengangkutan Feri ke Langkawi

 

 

Jadual perjalanan Feri dari Jeti Kuala Perlis menuju ke Langkawi juga disusun dengan baik dan senang dilihat untuk memudahkan pengguna. Untuk info, setiap hari perjalanan feri dari Jeti Kuala Perlis bermula seawal jam 7.30 pagi. Perjalanan terakhir ke Langkawi berakhir pada feri terakhir pada jam 7.00 malam.

Secara umum, setiap hari, Jeti ini menawarkan 10 perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Untuk jadual bot laju dan pengangkutan air lain yang bukan feri, anda boleh semak dengan operator yang terlibat.

 

 

tambang feri ke langkawi

 

 

Oh ya! harga tambang feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi ialah RM18 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak. Perjalanan menaiki feri dari terminal feri Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam 15 minit, berbanding perjalanan Kuala Kedah ke Langkawi yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

Jadi, andai anda bercadang untuk menaiki Feri ke Langkawi, MrJocko secara peribadi syorkan anda untuk naik di Jeti Kuala Perlis. Murah satu perkara yang penting jika anda menaiki feri bersama keluarga dalam jumlah yang ramai.

Jika anda seorang atau berdua, pilihan untuk ke Langkawi semestinya menggunakan Jeti Kuala Kedah :).

 

Terminal Feri Kuala Perlis Ke Langkawi Jadual Dan Harga Tambang

 

 

Kalau tiba di Perlis musim buah harumanis, boleh beli buah mangga ni sekali kan?

Musim Buah Mangga Harumanis Perlis Terkenal

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.