Bayar RM3 Sahaja Untuk Masuk Dan Naik Bot Gunung Lang Perak

Hits: 1208

Macam tidak percaya bila kami hanya Bayar RM3 Sahaja Untuk Masuk Dan Naik Bot Gunung Lang Perak. Murah. Tempat rekreasi pun best, luas, pengalaman naik bot dan juga ada banyak tumbuhan menghijau sekitar taman rekreasi Gunung Lang ini.

Berbaloi dengan harga masuk, ini antara lokasi yang sesuai kalau anda nak buat aktiviti santai, jogging atau aktiviti berkumpulan.

Masuk Dan Naik Bot Gunung Lang Perak

gunung_lang_perak

 

Lokasi Taman Rekreasi Gunung Lang ini tidak jauh dari Lebuhraya Utara Selatan. Kalau anda dari Selatan atau Utara, boleh keluar susur Tol nak ke bandar Ipoh. Tidak jauh dari susur ini, anda akan lihat banyak signboard untuk bawa anda ke Gunung Lang.

Taman ini seluar sekitar 30 hektar dan 14 hektar darinya adalah kawasan tasik. Antara yang menarik di Taman Rekreasi Gunung Lang ini, anda boleh melihat tasik buatan yang cantik, trek jogging sepanjang 2km, mini zoo yang ada haiwan seperti arnab dan burung, menara tinjau, playground dan juga kawasan santai untuk anda duduk rehat bersama keluarga.

 

 

gunung_lang_perak_02 gunung_lang_perak gunung_lang_perak gunung_lang_perak gunung_lang_perak gunung_lang_perak_07

 

 

Ruang parking diluar agak luas. Jangan risau, ia adalah PERCUMA. Anda cuma perlu bayar bayaran masuk RM3 sahaja untuk Dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Enjoy view dan aktiviti yang ada di sini. memang berbaloi dan sesuai untuk sekeluarga.

Paling menarik minat MrJocko ialah sesi menjamu makan ikan-ikan di dalam tasik ini. Anda cuma perlu beli makanan di kaunter dan boleh memberi ikan-ikan ini makan. Memang seronok melihat pelbagai jenis ikan-ikan yang timbul berebut makanan. Paling banyak, anda boleh lihat ikan keli yang bersaiz gergasi di Gunung Lang, Perak.

Untuk menonton travelogue ini, jangan lupa temujanji bersama “Nota Kembara Bersama MrJocko” di saluran RTM1 bermula Disember 2016 dan juga saluran BES1 pada Januari 2017 nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.