Harga Tiket Japan Rail Pass Untuk 7 Hari Atau Seminggu

Hits: 2932

Teringat kat Jepun, lama tak travel ke sana. Baru-baru ini, MrJocko semak harga dengan wakil Japan Rail Pass ketika Japan Travel Fair di 1Utama, Harga Tiket Japan Rail Pass Untuk 7 Hari Atau Seminggu ialah sekitar RM1,400. Wooo!!! Mahalnya,,,

Pertama kali MrJocko jejak kaki di Jepun ialah pada tahun 2012. Masa itu, pernah dengan tentang pakej keretapi Japan Rail Pass yang membolehkan pemegang tiket layak naik Shinkansen dan keretapi dibawah kendalian ‘operator’ yang mengambil bahagian, Masa tu, harga tiket tersebut sekitar RM800++.

Harga Tiket Japan Rail Pass

Harga Tiket Japan Rail Pass Untuk 7 Hari Atau Seminggu

 

Kalau mengikut harga tertera di laman web Japan Rail Pass, harga dijual sekitar USD253 untuk dewasa dan USD127 untuk kanak-kanak di bawah umur 11 Tahun. Kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah adalah PERCUMA.

Kalau ikutkan harga ini, nilai yang ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia jauh lebih murah. Jadi, kalau nak jimat, anda lebih baik membeli pakej ini terus dari laman web Japan Rail Pass. Tiket boleh anda tebus di kaunter Japan Rail Pass di Jepun.

 

 

Harga Tiket Japan Rail Pass Untuk 7 Hari Atau Seminggu

Harga Tiket Japan Rail Pass Untuk 7 Hari Atau Seminggu japan-rail-pass-route

 

 

Untuk info, kalau anda menggunakan Shinkansen, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi laju ini dengan JR Pass. Anda boleh guna dari stesen Shin Aomori sehingga ke stesen Kogoshima Chuo. Kalau nak diikutkan, harga biasa dari Tokyo ke Osaka sudah bersamaan dengan nilai RM300 bagi satu perjalanan. Jadi jika anda memang bercadang nak teroka Jepun dengan Shinkansen, ini pakej murah anda untuk travel ke Jepun dengan Shinkansen dan Keretapi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan terus, anda boleh layari laman web https://www.japan-rail-pass.com/jr-pass

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.