Melawat Peninggalan Tokoh Hebat Di Teratak Za’ba Jempol

Hits: 769

Ketika MrJocko masih sekolah rendah, nama Pendeta Za’ba memang terkenal. Dulu, kami tidak sedar kehebatan beliau. Hinggalah waktu MrJocko Melawat Peninggalan Tokoh Hebat Di Teratak Za’ba Jempol. Za’ba memang seorang Melayu yang bukan calang-calang. Memang layak beliau di gelar Pendeta.

Teratak Za’ba yang ada sekarang bukan tapak asal rumah beliau. Ia sebenarnya dibina kembali. Namun, ia tetap memberikan penghargaan kepada Tokoh Ilmuan dan Tokoh Bahasa yang terkenal di Nusantara ini.

Lokasi Teratak Za’ba

Teratak Za'ba

 

 

Teratak Za’ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato’ Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Bermula pada tarikh itu Teratak Za’ba telah dibuka kepada orang ramai sebagai salah satu produk dan kawasan pelancongan yang berunsurkan pendidikan di Negeri Sembilan.

Antara bahan utama bangunan ini ialah diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.

Rumah Za’ba ni memang patut anda singgah kalau ke Jempol, Negeri Sembilan. Dari luar, memang rumah ni nampak cantik dengan pemandangan rumah tradisional Negeri Sembilan, ala Minang yang tersendiri.

 

teratak zaaba jempol

teratak za'ba negeri sembilan

 

 

Di dalam Rumah Za’ba juga memang punyai senibina yang cantik dan mengekalkan tradisi lama. Rumah ni agak rendah dan kecil, tetapi ia memanjang. Berlantaikan papan kayu dan juga mesih mengekalkan dinding kayu dan atap tradisi.

Di dalam Rumah Za’ba diletakkan banyak barang-barang yang sebelum ini menjadi hak kepunyaan Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad. Ada juga beberapa keping artikel yang berkaitan dengan berita yang melibatkan pembabitan Za’ba dalam perjuangan beliau dalam bidang Kesasteraan dan Pemikir Melayu yang ternama.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.