GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah

Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah memberikan MrJocko satu pengalaman yang unik sebenarnya. Berada di Pendang, Kedah, jauh ke dalam kampung, kami berjumpa dengan En Adi yang masih lagi mengusahakan pembuatan Keris bersama dengan bapa beliau.

Berlatarbelakangkan sawah padi yang luas dan jalan kampung yang sempit, orang kampung di sini memang peramah dan sangat baik. Sampai kini teringat kemesraan orang Kampung Gelong Gajah, Pendang.

 

Penggambaran Cara Membuat Keris dan Golok di Kedah

 

 

Jarang sekali MrJocko dapat pegang keris. Kali ini, bukan sahaja keris, tetapi pisau, golok, parang dan semestinya keris yang lama dapat MrJocko lihat dari dekat bila bersama-sama mereka yang pakar tentang keris dan membuat keris. Banyak rahsia cara buat keris, cara menjaga keris dan info-info lain tentang keris yang MrJocko pelajari.

 

 

tempat buat keris tempat buat keris tempat buat keris tempat buat keris tempat buat keris tempat-buat-keris-di-kedah-10

 

Ada banyak sebenarnya koleksi keris yang di buat di sini. Mereka boleh buat keris baru menggunakan besi biasa, besi dari tempahan khas dan macam-macam lagi. Mereka juga boleh membaiki dan betulkan keris lama. Samada jenis keris biasa atau keris tempah khas, harga tempahan keris yang dijual berbeza mengikut kualiti besi, bentuk, corak sarung dan juga ukiran yang terletak di hulu dan sarung.

Kalau keris biasa, sekitar RM200 pun sudah boleh di beli. Kalau diluar, harga pasaran keris seperti ini dijual dengan harga sekitar RM300 ke RM ribuan ringgit.

Teringin nak simpan satu keris, tetapi katanya, keris ini sebenarnya ada banyak pantang larang. Kalau dulu, antara yang dibimbangkan ialah keris makan tuan.

Kalau nak tahu kat mana nak tempah keris cantik seperti ini dengan harga murah, boleh terus hubungi MrJocko di akaun email. ­čÖé

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.