GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Dataran Kaul Di Kuala Lama Mukah Destinasi Upacara Perayaan Kaul

Perjalanan jauh kami, dari bandar Kuching membawa kami ke bandar Mukah. 10 jam perjalanan menggunakan Van amat memenatkan. Sampai di mukah, kami ke Dataran Kaul Di Kuala Lama Mukah Destinasi Upacara Perayaan Kaul. Ini lokasi paling popular di bandar Mukah.

Dataran yang luas ini menjadi lokasi sambutan Pesta Perayaan Kaul bagi suku kaum Melanau di Mukah. Ia diadakan saban tahun dan menjadi upacara wajib bagi suku kaum terbesar di Mukah ini.

 

Dataran Kaul di Kuala Lama Mukah

Apa dia Pesta Perayaan Kaul?

Pesta Kaul adalah perayaan tradisional yang disambut oleh masyarakat Melanau yang tinggal di sepanjang kawasan pantai di Sarawak. Biasanya ia disambut pada bulan mac atau April setiap tahun.

Pada masa lalu, Kaul diadakan sebagai upacara keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang menjadikannya perayaan yang paling penting dalam kalendar tradisional suku kaum Melanau.

Pesta ini adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu daripada pendamaian untuk nasib baik. Hari ini, ia lebih kepada menjaga warisan yang hidup. tanda Its awal kalendar Melanau yang bermula pada akhir monsun timur laut. Kaul berlaku pada minggu ketiga bulan April setiap tahun.

Tapak perayaan adalah di tebing kanan muara sungai Mukah. Semasa perayaan selama seminggu itu, aktiviti-aktiviti termasuk gerai jualan makanan tradisional, program hiburan, permainan tradisional. Kemuncak ini akan menjadi ‘Serahang’ (dihiasi bakul bulat rata dibuat daripada daun sagu yang menimbulkan pada tiang buluh) perarakan yang diketuai oleh orang-orang tua masyarakat Melanau tempatan.

Antara aktiviti yang tidak boleh dilepaskan termasuk bermain buaian gergasi (Tibow) dan menikmati makanan tradisional Melanau, dikenali sebagai Keman Baw Bateng. (juga dikenali sebagai ‘Makan Beradat’ dalam bahasa Melayu.

 

Dataran Kaul Di Kuala Lama Mukah

 

 

Memang bukan rezeki MrJocko, datang ke Mukah belum tiba musim perayaan Pesta Kaul. kalau tidak, kawasan ini penuh dengan tapak pesta dan keramaian. Sana sini akan ada persembahan kebudayaan dan tradisional suku kaum terkenal di Sarawak, khususnya suku kaum Melanau.

Untuk info, Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ialah berasal dari suku kaum Melanau.

Oh ya! Kalau tiba musim Pesta Kaul, paling menjadi tumpuan ialah permainan yang diberi nama TIBOW. Ia sejenis permainan tradisi kaum Melanau dan dimainkan dengan cara berhayun menggunakan tali.

 

permainan tibau melanau

 

Kalau anda rezeki, InsyaAllah mahu lagi ke Mukah. Masih banyak yang belum sempat MrJocko lihat tempat menarik di Mukah. Dataran Kaul Di Kuala Lama Mukah ini antara lokasi wajib singgah jika anda melancong ke Mukah, Sarawak.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.