Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak

Hits: 4587

Sematan antara pekan kecil yang terletak di hujung ekor di Peta negeri Sarawak. Ia menjadi lokasi tumpuan kaki pancing dan juga nelayan sebagai satu aktiviti seharian. Ada yang menarik di sini. Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak yang patut anda lawati.

Berada jauh dari Kuching, memakan masa perjalanan selama hampir 3 jam jika memandu menggunakan lebuhraya persekutuan. Namun jangan risau, jalan di sini memang tidak ada masalah dan diselenggara dengan baik.

Jeti Sematan Di Lundu

Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak

 

Pertama kali sampai di pekan Sematan, ia nampak biasa. Namun, di pekan kecil ini ada banyak yang menarik boleh anda terokai jika anda sukakan ‘nature’ dan juga kehidupan laut. Ramai penduduk sekitar menjadikan Jeti Sematan dan juga pantai serta laut di sini sebagai sumber pendapatan.

Jeti Sematan sendiri menjadi lokasi tempat kaki pancing memancing ikan saban hari. Ia juga menjadi jeti utama bagi penduduk pekan untuk ke sekitar pekan lain di Sarawak dan juga masuk ke negara Indonesia.

 

 

Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak

 

Kalau diikutkan, penghujung negeri Sarawak ialah di Taman Negara Tanjung Datu. Tetapi ia berada di kawasan yang agak pendalaman. Jadi, pekan utama yang ada sekitar kawasan ini ialah Sematan, selain dari pekan Lundu, Sarawak.

Memang jauh. Kalau kebiasaannya, penduduk di sini, hanya sesekali ke Kuching jika ada hal penting kerana jarak dan kurangnya kemudahan pengangkutan awam. Nak ke Kuching, memandu kenderaan sendiri adalah kemestian yang paling mudah.

 

Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Di Sarawak Jeti Sematan Di Lundu Antara Lokasi Unik Sarawak

 

 

Laut dan pantai di Sematan agak landai. Tetapi bila ia tiba musim air pasang, ia agak dalam dan menjadi lubuk kaki pancing. Nampak best, tetapi MrJocko tak sempat nak memancing di sini 🙂

Jeti Sematan ini dekat sahaja dengan pekan Sematan. Di sini ada Pejabat Imigresen dan beberapa pejabat kerajaan lain serta kedai-kedai menjual pakaian, kedai serbaneka dan juga kedai makanan muslim.

Kalau nak menginap di sini, ada kemudahan Homestay atau Resort yang boleh anda cuba dengan harga yang berbaloi. Nanti, saksikan rakaman video MrJocko di rancangan Nota Kembara Bersama MrJocko di Saluran RTM1 nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.