GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kedai Emas Tan Toh Kang Kedai Emas Pertama Di China Town Bangkok

Kedai Emas Tan Toh Kang Kedai Emas Pertama Di China Town Bangkok. Ia kini menjadi salah satu lokasi lawatan bagi sesetengah pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah pembukaan dan perniagaan emas di Bangkok. Kedai emas ini memang kedai emas Otai di China Town Bangkok.

Keluarga ini telah menjual emas di China Town selama lebih daripada 130 tahun. Sejak dari dulu hingga kini, ia terletak di sebuah bangunan kayu tujuh tingkat yang dibina pada tahun 1921. Pada waktu tersebut, ia adalah salah satu bangunan tertinggi di bandar ini.

Dari jauh tidak nampak keunikkan bangunan ini, tetapi bila dekat, anda akan nampak sesuatu istimewa tentang sejarah bangunan Kedai Emas Pertama di Bangkok ini.

Kedai Emas Tang Toh Kang

 

Kedai Emas Tang Toh Kang

 

Sayang MrJocko tidak sempat nak ambil gambar koleksi emas yang ada di dalam kedai emas Tang Toh Kang. Kalau nak tahu, di dalam kedai emas ini terdapat beberapa hasil kerja tangan hasil emas yang menakjubkan. Biasa la kalau emas kaum Cina, ada banyak koleksi emas daripada Buddha sehingga rekaan replika Gajah Diraja dengan kualiti emas 24 karat.

Menariknya, di tingkat paling atas ada muzium tentang pembuatan emas di sini. MrJocko sempat membuat lawatan ke koleksi peribadi keluarga Tang Toh Kang ini. Sesuatu yang menarik kerana ada ribuan peralatan membuat barang kemas di sini.

 

Kedai Emas Tang Toh Kang

Kedai Emas Tang Toh Kang Kedai Emas Tang Toh Kang Kedai Emas Tang Toh Kang Kedai Emas Tang Toh Kang

 

Peralatan antik untuk pembuatan dan perdagangan Seni Tukang Emas dan objek lain adan di muzium ini. Semua koleksi di sini berkaitan dengan alat-alat membuat barangan kemas Emas dan ia artifak dari dua abad yang lalu.

Menarik bukan? Kalau nak singgah di sini, anda perlu menghubungi pihak Tang Toh Kang Gold Shop dahulu untuk membuat temu janji untuk lawatan anda terlebih dahulu. Ini akan memudahkan mereka menyediakan wakil untuk memberikan penerangan.

Melihat bangunan kedai emas Tang Toh Kang ini, memang sangat lama. Ia masih lagi utuh dan berdiri teguh di lorong Jalan Yaowarat Bangkok ini.  Kalau ke China Town Bangkok, jangan lupa singgah untuk melihat emas di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.